*IKLAN DEH!!*

Monday 31 October 2011

Rimas yang teramat...

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku agak terbatas
untuk meneruskan minatku
bercucuk tanam di sekeliling rumah
rindunya hati ini
untuk melihat dan membelai
pokok2 matahari ku 
yang sudah pun tumbuh dengan subur
namun apakan daya
disebabkan faktor yang remeh
tapi agak munasabah...

kisahnya begini...
si bujang terlajak
jiran sebelah kanan rumah aku
yang kerjanya asyik berlegar-legar
di halaman rumahnya
membelek bunga2 ibunya
tidak mengira waktu
sampai aku pun naik rimas
pantang aku keluar dia menegur
dia memang peramah
tapi aku kurang selesa
sebab suami aku tiada bersama
jadi tidak betah rasanya untuk aku
selalu sangat berbual-bual dengan dia
walaupun niat dia baik sebenarnya
kalau anak2 akak sebelah kiri ni
aku x kesah sbb dah lama kenal

Dulu2 si abang tu jer ada kat rumah
aku x segan sangat sbb abang dia pendiam
dia buat kerja dia jer
tapi si adik ni rasa2nya sebaya dengan aku
sebelum puasa hari tu lagi ada kat rumah
dah x kerja ker...hari tu tanya
dia kata cuti panjang sempena puasa n raya
tapi sekarang dah lama lepas raya
aduhhhhh...rimas aku weiii
dah la 2 hari ni aku dok kat rumah jer
malas nak kemana-mana
ingat boleh la cabut2 rumput ke
ermmmm.....boring pulak rasanya

aku bukan apa
dia ni terlebih baik sebenarnya
pernah masa aku bersihkan belakang rumah
dia siap tanya, "nak saya tolong ke?"
alahai...baik sungguh dia
sebab tu masa mak dia suruh tebang pisang
rumah aku hari tu...habis dikemasnya
pokok2 keliling tu
naik rimas aku melihat kerajinannya
yer la..kalau aku ni bujang xper la kan...
dah la dia ni jenis lelaki
yang 'metroseksual', dengan rambutnya
yang perang keperangan
maklum la sebelum ni dia kerja
kat Astro katanya...

aku harap sangat2
cepat2 la dia balik ke Astronya tu
boleh la aku bebas kembali
di halaman sendiri...


p/s : mintak maaf la yer...n3 aku hari ni mengumpat orang pulak yer..heheh

salam exora...

Friday 28 October 2011

Patut la ramai orang...

Selamat petang...

Sudah seminggu M.Hakim
tiba2 jer cakap nak makan roti jala
aku cakap kat stadium jer ada
nanti balik sekolah kita singgah beli
tapi dek kerana banyak benda nak fikir
langsung aku terlupa
hari Ahad lepas aku cuba cari kat pasar malam
tapi xder...nak kena pergi stadium jgk la

petang semalam aku pun pergi la
ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
suspen...ramainya orang, ada apa pulak ni
rupa-rupanya ada pesta jualan
sempena final malam esok...
terlupa betul aku
x pasal2 cari sesak kat sana
kegemaran M.Hakim, roti jala n kuah kari ayam RM2 saja
masih lagi 3biji RM1, besar n sedap
Tahun lepas masa tengah minum2
ngan member kat kedai roti jala tu
tiba2 sebuah kereta BMW putih berhenti
sambil lambai2 tangannya 
ohhh...pasangan kembar pemain N9
si Aidil dan Zaquan...hensem tu
seronok aku hari tu..hihi
x sangka dpt tengok Aidil secara live


org belum ramai sbb masa ni baru pukul 3pm...klu lps waktu ofis ramai yg lepak cni
si baju biru tuan kedai suspens aku amek pic dia...sbb aku snap dr dlm kete jer

p/s : gud luck utk N9 n Terengganu...dua2 aku support sbb n9 tempat aku mencari rezeki
       n Terengganu pula tanah kelahiran suami ku...wpun kedua2nya musuh ketat TRW..hahaha

salam exora...

Thursday 27 October 2011

~ HARTA ~

perhiasan wanita...memakainya biarlah berpada
teringinkah anda untuk hidup semewah ini...?
Harta jika diletakkan sebagai alat
ia akan menyelamat...
tetapi jika ia menjadi matlamat
ia akan membawa mudarat...
justeru
letakkan harta ditangan
supaya ia mudah dibelanjakan
ke jalan Allah...
jangan letak dalam hati
sehingga menimbulkan tamak dan zalim
lalu menimbulkan musibah... 
mandi pun bergemerlapan dengan emas...adakah airnya dari emas yg dicairkan...hehheh
ingin memiliki rumah sebesar rumah celine dion ? Pasti kematian sangat ditakuti...
sumber petikan : solusi edisi 37
sumber gambar : en.google

salam exora...

Monday 24 October 2011

Duka seorang sahabat...

Assalamualaikum...

Sehari dua ini
aku agak tidak tenteram sebenarnya
bila mengingatkan seorang sahabat
yang dalam kesakitan
kedukaan, kesusahan dan kerisauan
Dia adalah rakan sekerja ku
tapi sekarang dalam tempoh cuti bersalin
kalau ikutkan 27.10.11 nanti
dia dah mula kembali bekerja
tapi dengan keadaan yang dialaminya sekarang
tidak dapat ku pastikan kehadirannya

kisahnya bermula bila minggu lepas
pada hari rabu...19.10.11
aku masih berkursus
dan aku tumpangkan M.Hakim
kat rumahnya sepetang
tiba2 lebih kurang pukul 4pm
dia mesej aku
"mu dah balik lum, aku kat spital ni, tiba2 sakit dada dan
 sesak nafas, rasa mcm nak mati wei, sakitnya..
 anak2 n Hakim aku tinggal mah jiran sebelah,
 kalau mu dah sampai, tggu aku kt umah yer"
terkedu aku seketika membaca msg itu
lantas semakin laju aku menuju kerumahnya
 
bermula dari hari itu
dia sentiasa dalam keadaan kurang sihat
dan Dr. kata tiada apa2 yg serius
aku nasihatkan dia balik kampung
boleh rehat banyak2 n baby ada yg tengokkan
hari Jumaat, dia pun balik kampung
dan petang tadi
aku terima panggilan dari dia
mengatakan dia ke klinik lagi
masih belum sihat
dan Dr. mengesahkan dia ada jangkitan
di hati...hatinya menjadi tebal
ususnya juga bermasalah
aahh...kesiannya dia
patut la sakit dadanya berterusan
merebak pula ke perut sakitnya

aku mendoakan kesejahteraannya
agar cepat sembuh
untuk kembali menunaikan tanggungjawab
sebagai isteri dan ibu kpd 4 orang anak lelaki
dan sebagai seorang guru
yang sangat berdedikasi
juga sebagai seorang sahabat
yang banyak membantu
dalam senang dan susah
aku tahu dia kuat
kuat semangat dalam menghadapi 
apa saja liku2 dalam kehidupannya
dulu, kini dan selamanya
aamiiinn...


salam exora...

Saturday 22 October 2011

Tesco extra lagi...

Selamat petang...

Setelah seminggu aku terperap
di bilik kursus yang sangat
tidak mesra pengguna
maka hari ini aku mengambil kesempatan
untuk berjalan-jalan menghabiskan
sen dan ringgit yang ada...

Lokasi yang aku pilih ialah
Tesco Extra yang baru dibuka
2 hari lepas d Seremban Jaya
ini tesco yang ke 3 d Seremban sebenarnya
banyak sungguh pasaraya dibuka
tapi yang aku herannya
pergi mana2 pun orang tetap ramai
tapi banyak juga kelebihan tesco ini
mungkin strateginya untuk menarik pengunjung
antaranya ialah dibuka dari 8am - 1am
kedai2 dalam tesco ni pun best2
termasuklah medan seleranya
harga sangat berpatutan dan sedap

tesco extra d Seremban Jaya
sasaran utama M.Hakim...sbb dah habis exam kasi can laa
dah berapa byk kereta daa...
sbb RM5 jer aku layan jgk laa, sbb ada tayar spare katanya
dah lama x tengok beras d jual lambak
buah peberet aku...RM1.89 jer sebiji, nasib baik cepat dah habis
tapi yang x bestnya masa nak balik 
kat parking berlaku satu  insiden kecil
tapi impaknya agak maxima
sebuah toyota hilux terlanggar motor
yang d bawa oleh seorang makcik
terus berlaku kekecohan
dan aku antara orang yang angkat tangan
lambai kepada pengawal bertugas
untuk meredakan keadaan
nun d sana lokasi insiden tersebut, tabik kat makcik tu sebab berani pertahankan diri
salam exora...

Friday 21 October 2011

Baru aku tau...

Selamat petang...

Petang ni ada 3 perkara
yang aku baru tau...

Yang pertama...
tadi aku tengok Al-kuliyyah di tv3
tajuknya 'NOTA WASIAT'
banyak yang dijelaskan oleh ustaz
dan aku tertarik dengan satu perkara ni
iaitu tentang hukum menerima
benda2 yang diwasiatkan
oleh orang bukan islam
kepada orang islam
contohnya rumah atau kereta
hukumnya..kita boleh menerima dan menggunakannya
dan tidak berdosa

perkara kedua
sebenarnya dah lama
aku daftar dengan nufnang
selepas kena review oleh diana
dah berjaya pun daftar
tapi dah puas godek
x keluar jgk kat blog
akhirnnya kena jgk la
aku kacau blogger mama sarahnajwan
nasib baik petang ni dia online pulak
maka dia pun tolong lah kawannya
yg agak slow IT ni...heheheh
dengan itu keluar lah logo nuff tu dah

perkara ketiga
dan satu lagi cara buat link 
macam yang aku dah cuba kat atas tu
dah berjaya
hahahh..tm kacih yer


salam exora...

Thursday 20 October 2011

Situasi yang paling sukar...

Assalamualaikum...

Sekarang ni selalu sangat hujan 
di waktu petang...
tempat aku laa
tempat uollz macamana yer
rasa2nya cuaca lebih kurang sama jer kot
sebab hubby aku cakap
kat K.Besut pun mcm tu jugak

tapi petang ni situasi menjadi
agak sukar bila hujan turun agak lebat
sewaktu aku sedang memandu 
pulang dari tempat kursus
selalunya waktu aku balik tu
hujan dah lepas...tetapi tidak untuk hari ini
semua kenderaan perlahan sangat
kami memandu tidak sampai 40km sejam
aduhhh...mata aku dah la x berapa terang
sukarnya untuk aku terus memandu
dengan jalan yang tidak berapa lebar
dan juga limpahan air di sesetengah tempat
bila bertembung dengan lori arah yang bertentangan
kelam cermin...langsung x nampak

kesukaran ini juga membuatkan 
M.Hakim lama menunggu aku di sekolah
nasib baik dia baik dengan jaga sekolah tu
duduk la dia tercongok dalam pondok tu
menunggu aku
selalunya dia ikut ustazah (kawan aku)
balik rumah, hari ni ustazah ada hal pulak
so aku suruh dia tunggu kat jaga jer

ada 2 situasi yang aku tidak suka
bila memandu
hujan lebat dan waktu malam
sebab mata aku agak rabun
Dr. nasihat pakai spek sepanjang masa
tapi aku degil
pakai bila ada kursus sahaja
itupun kalau duduk belakang
bila slaid ditayang
mula la aku mencari spek ku...huhu


salam exora...

Wednesday 19 October 2011

Maaf...memang tak kenal

Assalamualaikum...

apa khabar rakan-rakan blogger
yang dikasihi
semoga berada dalam keadaan yang
baik2 saja yer
sudah 3 hari aku tidak berkesempatan
untuk melayari dunia di alam maya ini
tidak sempat hendak mencoret
tidak sempat juga untuk membaca
coretan2 kalian
lantaran terpaksa menghadiri
kursus KSSR MATEMATIK
selama seminggu
arghhh...boring sungguh rasanya
tempat yang dipilih itu 
tidak mempunyai rangkaian telekomunikasi
yang baik...line telefon susah sangat
apatah lagi untuk mencucuk broadband
sungguh membosankan...
tambahan pula terpaksa berulang-alik
dari rumah sejauh 70km sehala
kerana tiada penginapan disediakan...

Namun...dalam kebosanan itu
ada juga terselit kebaikan
bila ada seorang peserta dengan penuh keramahan
datang menegur aku
tapi aku langsung tidak mengenalinya
berkali-kali dia bertanya...akhirnya
dia memperkenalkan dirinya
oohhh...maafkan aku kerana langsung
tidak mengenalinya, lain benar rupamu kini
setelah 14 tahun kami terpisah
setelah tamat latihan di MPSAH dulu
berjumpa semula di tempat kursus ini
sungguh tidak terjangka...
selalunya aku jarang lupa wajah kawan
walaupun rakan di sekolah rendah dulu
masih lagi boleh ingat iras2 wajahnya
tapi dia ni aku x dapat ingat langsung
tapi bila diberitahu nama dan katanya
sekelas semasa di maktab
baru aku dapat mengingatinya

maafkan lah aku kawan
di atas ketidaksengajaan ini
untuk tidak mengenalimu
sesungguhnya... aku hanyalah insan biasa
dan tidak terdetik langsung 
untuk berlagak sombong...
dengan sesiapa sahaja
apatah lagi dengan insan yang pernah
aku kenal...seperti mu


salam exora...




 

Sunday 16 October 2011

Layan jer...

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua
dah makan ker
apa menu uollz hari ni
jom layan menu kite yang x seberapa ni...

menu yang sangat jarang aku masak, kari ayam...peberet Pak Long n M.Hakim
ikan masin...peberet ni
menu wajib...ulam-ulaman, budu n sambal belacan
biasalaa...
bila hujung minggu idea kering
aku letak jer la pic2 menu kami hari ni
ok x...
kalau x ok, ampunkan la yer..huhuhu

Saturday 15 October 2011

Nampak macam sedap...

masak rebus saja...huhu
ikan talapia masak merah...goreng pedas kalau d kelantan 

Ini lah menu kami hari ini
menu orang malas
simple saja tapi macam sedapkan...
hihihi...

salam exora...

Friday 14 October 2011

Pernah nampak tak...???

 jersi 1
jersi 2
jersi 3
jersi 4
Sesekali ke stadium
aku selalu nampak macam2 jenis pakaian
macam2 cara wajah disolek
macam2 gaya rambut didandan
tapi jenis yang di atas ni aku belum nampak
uollz pernah nampak tak???
maksud aku kat mana2 stadium di Malaysia la

saje jer aku ambik yang warna ala2 TRW ni
mana la tau kot2 ada pulak kat stadium Muhamad ke iv
malam ni kan...yang bergaya sebegini rupa
hehhehe, jangan marah yer
para peminat fanatik TRW...
aku pun minat gak, tapi xder la pulak
berfikir nak buat fesyen yang pelik2
biarla berpada-pada
dah la masuk stadium belum maghrib lagi
huhuhu.....seimbang kan laa minat dan yg wajib
barulah ada keberkatan
kata nak menang kan???

apa2 hal pun...
semoga TRW menang malam ni
yerrrrrrrr...gomo kelate gomo
jange gocoh sudoh...

salam exora...

Thursday 13 October 2011

Amboi...besday boy

Besday boy 
sedang menggigit 'KFC'
tu dia...suka la tuh

tu dia...nganga mulut
belum habis seketul...dah kekenyangan dok mkn mende2 lain
macam ada orang lain jer yang lebih2 tu....heheheh
 Mak Long pun sama gak
dah lama x masuk 'KFC'
tumpang sekaki la ngan besday boy ni...

p/s : besday boy ponteng kelas KAFA hari ni...nasib baik dah exam
minggu lepas...
 
salam exora...

Setelah lapan tahun...

Selamat tengahari...

Hari ini genap la 8 tahun
usia Muhammad Hakim ku sayang
semoga dirimu peroleh kesihatan yang baik
menjadi orang yang berguna
kepada agama, keluarga, bangsa dan negara
berjaya dalam pelajaranmu
sehingga mencapai cita-citamu
di hari kemudian
disamping menjaga akhlak mu
agar sentiasa menjadi orang yang terpuji...
sentiasa berhati-hati dalam menyusun langkahmu
dalam cabaran dunia yang semakin maju

langsung x fotogenik...bila disuruh senyum gini la jadinya
set kereta...hadiah dari Pak Long


kereta yang dia paling suka...ada mata n mulut katanya


Semoga M.Hakim bergembira
di hari ulangtahun kelahiran yang ke-8
petang nanti kita g makan-makan kat 'KFC' yer...
yang selebihnya untuk lebih 'havoc'
sambutlah dengan abah, umi n adik2 (M.Harraz n M.Harith)
di Melaka hujung minggu ni...

salam exora...

Wednesday 12 October 2011

Collek...suka tak ?

Selamat petang...

Petang ini aku buat entri
yang diminta khas
oleh blogger mama Sarahnajwan
dia nak resipi 'collek'
jom...kita layannnn

'collek'
cuba laa...mesti sedap
pasangan 'collek' hari ini mangga epal muda, dengan betik yg dh merah2 nak masak pun sedap gak
Uollz pernah makan x 'collek' ni
mangga dicicah dengan 'collek' seperti gambar di atas
sedappppp sangat2...sehingga menjilat jari
ramai yang makan cicah dengan kicap
tapi orang kelantan suka yg jenis gini

Bahan2 dan cara membuatnya :

Mula2 letakkan 3 atau 4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
belacan (penang mari baru bes...xpun asal yang hitam n bau kuat)
cili api
last baru letakkan cuka ( tidak boleh banyak, jgn smpai berair
                                        sebab nanti akan berlaku pencairan yang
                                        pekat antara cuka, garam n gula tadi)
(sukatan bahan2 ikut kesesuaian untuk sesedap rasa)


resipi ini memang sangat senang
tapi ramai orang kelantan sendiri
tidak menjadi bila buatnya
kat sekolah aku rakan2 dah jadi ketagih
bila sesekali buat 'collek' dengan kicap
mereka akan frust dan lambat habis
tapi kalau seperti gambar di atas
berebut pula nak bawa balik
kalau masih ada baki
terutama kawan baik aku
Ustazah Safinaz.....

selamat mencobaaa...

p/s : Pada mulanya ramai takut nak makan sebab buat dengan cuka, tapi cuka ini bukannya banyak pun
       tajam cuka telah dinyahkan oleh gula dan garam...pendapat aku la
       lagipun makanan ini menjadi peberet bg org2 pegnent di kelantan... mcm mama sarahnajwan 
       
salam exora...

Tuesday 11 October 2011

Hitam pun Sedappp.....

Selamat petang semua...

sedang buat apa tu
tadi uollz minum petang
makan apa...
jom tengok minum petang
aku sekeluarga petang tadi
iaitu.........
jeput pisea...

petang semalam aku membancuhnya...

cekodok pisang ...semakin hitam makin sedap tu
air peberet aku dan M.Hakim
dia merajuk sebenarnya...nak makan maggie, aku x layan


salam exora...

Monday 10 October 2011

xder mood...huhuhu

Assalamualaikum...

malam ni aku kehilangan 'mood'
gara2 pasukan TRW teruk kena belasah
disamping disiplin pemain yang agak teruk
sehingga memiliki kad merah berkeping-keping
lebih membuatkan aku tiada 'mood'
kerana tidak dapat menontonnya secara 'live'
aku hanya menonton n9 vs felda united
di RTM saja...huhuhu
tahniah untuk team felda...makin mantap
pasti ayahanda ku tersenyum
kerana dia warga FELDA

lompatan sang kijang tidak menjadi malam ini

kaloh gak balik sajo laa Tan Sri dan Tok guru kito...
suami aku juga tidak menontonnya
kerana dia dalam perjalanan ke sini
sekadar bertanya kabar dari aku
dan ternyata negeri mu telah mengalahkan
negeri aku
semoga kita tidak berbalah seperti mereka
dalam perlawanan tadi...huhuhu


p/s : wpun dalam jaringan trw ketinggalan 2 jaringan tapi mengatasi terengganu 3-2 dlm bil kad merah...hahhahhh
        bekeng2 belako puok ni main weh...
 

salam exora...

Sunday 9 October 2011

Ramai yang terliur weiii.....


Salam di hujung minggu...

aku benar-benar tidak menyangka
bahawa pokok2 pisang ku yang
telah berbuah
kesemuanya 3 pokok
 buah2nya menjulur keluar
dengan cantik...
dan kesemuanya itu sudah tua
hampir2 masak
rupa-rupanya ramai yang
terliur melihatnya
dan teringin untuk memakannya
maka dengan itu
terjadilah 2 kisah yang menarik...

kisah pertama: petang 6/10/11
balik dari sekolah
makcik jiran sebelah kiri memanggil
nama ku berkali-kali

                         makcik : pisang kat belakang tu dah masak,
                                        taknak ke?
                            aku    : nak...tapi saya malas nak tebang,
                                        tggu suami datang.
                         makcik : jual kat makcik la yer, sedara makcik
                                        nak, anak2 makcik pun semua suka 
                                        pisang ni, nanti makcik suruh anak makcik
                                        tebangkan.
                             aku   : yer la...

maka pisang itupun ditebang lah, hanya 1/4 sahaja
aku ambil, selebihnya makcik tu ambil
xdelah aku mengambil duit pun...
aku menanam hanya kerana hobi
bukan untuk dijual
    

    tandan pertama...ditebang oleh si bujang jiran sebelah
                                          
tandan kedua : ditebang oleh cina yang repair tangki air

kisah kedua : petang 8/10/11
semasa sedang minum petang 
dengan kawan aku n suaminya dan adik bujang aku
tiba2 uncle San (cina) datang rumah
nak repair tangki air aku yg asyik keluar air saja
aku suruh dia masuk ikut pintu belakang
tiba2...dengan girang dia berkata

             uncle San : haiyaa cikgu, pisang u manyak cantik rr,
                                panjang, sudah masak laa.
                      aku  : yer ke, belum masak la..
                                tunggu suami saya datang dulu.
             uncle San : sudahla...itu burung sdh makan, u tengok2,
                               xpa nanti saya kasi tolong u tebang...
                      aku  : ok laa...nanti ambik la ckit kalau u nak.

maka dengan itu juga tertebanglah pokok pisang
yang kedua...
kawan aku sound, katanya cina tu ambik banyak
dah kau suruh amek sendiri memang laa
ermmm...xper lah
rezki dikongsi
dan untuk tandan yang ketiga
masih lagi utuh dipokok
agak2nya rezeki siapalah
pulak kali ini yer...

salam exora...

Saturday 8 October 2011

Setelah lama dipinggirkan...akhirnya

Assalamualaikum...

Setelah bertahun kami dipinggirkan
setelah sekian lama tidak diendahkan
oleh mu wahai kerajaan yang dihormati
oleh mu wahai menteri pendidikan
akhirnya PM, Datuk Seri Najib
selaku menteri kewangan juga
telah menunaikan tanggungjawabnya
untuk memberi kami kegembiraan
yang telah lama dinanti-nantikan

terima kasih PM...
kerana menghargai kami
golongan guru yang sentiasa
bekerja bersama mu
menjalankan setiap misi dan visi mu
mendukung setiap dasar pendidikan
sehingga kadang2 hampir rebah kami
untuk mengejar setiap anjakan,
setiap transformasi
bersilih ganti tanpa henti

dengan memberi pelbagai inisiatif ini
dapatlah dijadikan pemangkin
untuk kami lebih bersemangat
bangkit dari rasa kecewa
untuk memajukan diri
mendidik anak2 bangsa, agar
menjadi manusia yang bertamadun
lantaran itu jua, kami akan tunaikan
setiap perancangan walaupun sukarrr
agar berbaloi dengan apa yang
Datuk seri berikan...


Sejak akhir2 ini sering juga
orang bercerita sana-sini
tentang 'bai'ah'...ganjaran yang
diberikan pada golongan pendidik
tapi berapa kerat saja yang dapat
ramai golongan kami merasa
benar2 dipinggirkan
setiap kali hari guru
menantikan pengumuman
seperti yang digembar-gemburkan
tapi selalu berakhir dengan
kehampaan......


Semoga ganjaran yang diumumkan
pada kali ini juga
dapat dinikmati semua golongan
alhamdulillah, ibu-bapa pun tersenyum lebar
lantaran tidak perlu membayar yuran khas
malah duit belanja pula dihulurkan
1 murid RM100...
warga FELDA pun tidak pernah
Datuk Seri lupakan...

bersyukur lah... 


p/s : pagi esok meeting lagi kat sekolah, itulah kami warga pendidik era kini...tiada lagi istilah kerja 5 hari  
          seminggu...huhu


salam exora...