*IKLAN DEH!!*

Saturday 27 August 2011

ooo...Balik Kampung...

Alhamdulillah...
akhirnya sampai jua di kampung
semalam balik bertolak dari Seremban
jam 3pm dan sampai kampung
pukul 10.30 malam tadi...
nasib baik belum jem teruk lagi
tu pun sebab ikut jalan alternatif
malas nak naik highway
meredah mrr2...mesti jem

dan hari ni memang jem lagi teruk
bila baca kat facebook
macam2 hal di jalan raya
yang diluah oleh rakan2
pengguna jalan raya
sabarlaaa yer, musim perayaan
biasa la tu...


rakan-rakan semua macamana
dah bertolak pulang ke belum
hati-hati d jalan raya
pandu cermat jiwa selamat
semoga selamat sampai

salam exora...


 

Wednesday 24 August 2011

Pic 3

tanpa sedar...pokok tomato ku dh berbuah rupa-rupanya


dah lama tidak pedulikannya...sjk berpuasa


pokok cili pun...dah berbuah 


huhuhu...matahariku dh kekuningan dedaunnya


semoga masih sempat dipulihkan


dek kerana kesibukan
kesian tanamanku 
tidak cukup penjagaan
dengan rumput yang semakin panjang
dihalaman..hahah
tunggula selepas raya baru okey balik
dah tiada lagi hatiku disini..
dah melayang-layang ke kampung halamanku... 




Tuesday 23 August 2011

TOLONG REVIEW BLOG SAYA


Salam Diana...

Saya berminat
untuk menyertai
segmen ini

sila beri komen2
yang boleh membantu 
saya tentang dunia blog

sekarang
saya hanya tahu
tulis
baca
komen
dan publish post
hahahhh

tapi selepas Diana
komen nanti
sekiranya
blog saya masih lagi begitu
itu bermakna
saya belum tahu lagi bagaimana
mahu perbetulkannya

insyaAllah
semoga saya lebih maju nanti
dalam dunia ini
seperti Diana n rakan2 yang lain 

dengan itu juga saya mengalu-alukan
3 org folowers saya yasmin,azza n asniza
http://yasminhamid.blogspot.com/
http://azhariahzuber.blogspot.com/
http://blogtidakbernama.blogspot.com/
untuk sama2 menyertai segmen ini


Sekian, salam exora... 

Sunday 21 August 2011

Mahalnyer...Tapi orang tetap beli

Salam pagi di hujung minggu...

Kalau baca tajuk n3 kat atas tu
Uollz boleh agak tak apa maksudnyer ?
yer laa mahal macam mana pun
orang tetap akan seronok jugak membelinya
setiap kedai yang jual benda tu tetap penuh
dengan orang ramai
tambah2 musim perayaan ni...

Rakan-rakan semua suka emas tak,
suka tak memakainya...
tahap yang macam mana tu
cer citer ckit...hehe
saya suka jgk tapi simple2 jer la
takde la sampai sarat kat leher n lengan tu kan
mcm akak2 n makcik2 kat kelate tu
jangan marah yer org2 kampung ku
bukan nak mengata tau
tapi kalau sarat2 sangat hilang pulak
eksklusifnyer, tak nampak elegen..
hehe...tu pendapat aku laa
 
pagi semalam...dalam dok berkira-kira
nak g shoping, tiba2 dapat mesej adikku yang k 5
mintak temankan dia cari cincin 
nak bertunang bulan Oktober nanti
k laa..aku pun ikut la ke satu daerah d n9 ni
daerah tu tersohor dengan emasnya 
dikatakan agak murah sikit..mungkin sebab
sewa kedai kat situ murah kot...
setiap kedai yang kami masuk tu
penuh orang..bkn tengok2 saja tau
masing2 beli...orang yang bayar sebelum kami tu
RM3k lebih tau kluar dari handbag.....
tu dia...mahal macam mana pun,
mereka tetap simpan duit kan untuk
perhiasan diri yang sangat bernilai tu

aku pun sama...sibuk meneman
alih2 aku pun terjebak sama
tapi barang aku tu tak sampai RM200 pun
murah n kecik jer...
adik aku pun beli la 2 bentuk cincin
masa pukul 1pm kami dah nak balik
lagi ramai yang masuk ke kedai..hehe
itulah senarionya wanita dan emasss....


Selamat meneruskan persiapan hari raya...


salam exora.....








Saturday 20 August 2011

Jom...shopping

Assalamualaikum...

Bunyi tajuk n3 hari ni
macam la banyak duit sangat
walhal duit bonus yang dapat
minggu lepas tu pun
dah negatif...huhu
apa tak nyer
macam2 pulak yang kena bayar
minggu lepas renew roadtax n insurans
ptg semalam pulak g servis keto
ingatkan dalam RM300++ jer
tapi mencecah RM500 tu
tu pun aku dah pospon satu benda
nak buat next servis
kalu x mahu RM700++
ermm...hampir hilang mood raya tau

apa2 hal pun baju raya n kuih raya
kena jgk beli kan
so hari ni n esok
jom kite meramaikan 
shopping2 kompleks yang ada
habiskan sisa2 kepingan kertas bernombor
yang ada dalam purse tu, hihi...
keletihan la Muhammad Hakim n Paksunya
2 hari ni kena ikut maklongnya shopping...


selamat bercuti d hujung minggu...


salam exora...



Friday 19 August 2011

Rindu nak buat kuih raya

Salam kemuliaan di pagi Jumaat...

Tetiba jer ada satu perasaan muncul
rindu...rindu nak makan kuih raya
yang dibuat sendiri
rindu suasana semasa membuat kuih raya
terutama gelagat2 mereka yang menolong
hehe...

dah hampir sedekad
aku tidak membuat kuih raya sendiri
(bukan pandai sangat pun )
sekarang ni bila 
tiap kali raya tiba
main tunjuk2 jer kat kedai

dulu2 kalau buat kuih raya
mesti ada jer yg sibuk nak menolong
sape lg klu x adik2 lelaki aku
diaorg ni selalunya tolong
letakkan buah ceri...
letakkan kacang...tukang sapu kuning telur
bahagian2 aksesori kuih
almaklum laa adik-bradik ramai lelaki
yang x tahannya bila buat waktu siang
mula la ada yang x tahan nak buka puasa
hihi...seronoknye masa tu
tapi sekarang semua dh besar panjang
ada yg dah berkeluarga pun...


Biasanya aku akan buat kuih
tart nenas, biskut mazola, dahlia, makmur,
cornflakes madu, sarang semut n biskut kelapa
kuih raya yang dulu2 laa
Sekarang agak sukar bagi aku
meluangkan masa
untuk membuat kuih raya sendiri
tapi paling tidak pun sekarang ni
aku x pernah miss buat kek coklat
nasib baik ramai yang suka makan
jadi ada jugak la air tangan ku di Aidilfitri...


uollz macamana
buat sendiri ker, tempah atau beli jer
kat mana2 tempat yang nampak menarik 
n sedap dimakan...?


Selamat meneruskan ibadah puasa...


Salam exora...







Thursday 18 August 2011

Kembali ke Rahmatullah...

Assalamualaikum...

Dalam bulan ramadhan ni
kerap pulak mendengar berita
tentang kematian...

Semasa menulis entri
pagi semalam
terdengar lagi pengumuman
dari surau yang berhampiran
dengan rumah ku...
seorang lagi ahli / jiran
satu taman yang telah
kembali ke rahmatullah
awal minggu lepas pun
sama jugak
terdengar pengumuman
di pagi hari sesudah subuh
memaklumkan ada jiran setaman
yang meninggal dunia

semoga roh mereka 
ditempatkan dikalangan
orang2 yang beriman...
Al-fatihah...
 


Wednesday 17 August 2011

Pic 2



Antara jambatan2 menarik yang saya suka pergi untuk bersantai...

Tuesday 16 August 2011

Hampir ke penghujung...

Assalamualaikum...

Selamat meneruskan puasa
hari yang ke-16
semoga kita masih lagi
diberi kesempatan
untuk meneruskan
hari2 yang terakhir
puasa bulan ramadhan
bagi tahun ini...

Sekejap sungguh
masa berlalu
puasa pun dah
hampir sangat ke penghujungnya...

Mesti uollz tengah sibuk 
dengan persediaan untuk raya kan
khususnya yang ada anak2 kecil
mesti dah shopping baju raya

yang buat kuih pun sama
mesti sakan dah mula
buat mcm2 jenis kuih
yer la yang buat sendiri
mesti lagi best kan

saya belum buat
apa2 persediaan pun
belum jmpa lagi...
dah mula window shoping
tapi belum ada yg berkenan

apa2 hal pun
puasa mesti diteruskan
sunat tarawih juga perlu
dibuat bagi yang berkesempatan

semoga kita semua
diberi ganjaran pahala
yang berganda
dan puasa kita juga lebih baik
dari tahun2 yang lalu
selamat beribadah...


salam exora...

Saturday 13 August 2011

Sedekah atau hadiah...

Selamat pagi...

Dalam bulan puasa ni
ramai sungguh dikalangan kita
bermurah hati
menghulurkan sedekah
x kira dalam bentuk makanan mahupun wang
saya juga telah 2 kali mendapat hadiah tersebut
iaitu kurma...
kat rumah saya sekarang ada 5 jenis kurma
alhamdulillah la sbb semua suka kurma skrg ni


dalam dok terima2
sedekah dari org ni
hati sering jg berkata-kata
layak ker aku terima sedekah?
musykil jgk sbb saya pernah dengar
sblum bln puasa hari tu
ada member cakap, kalau terima pemberian
dalam bentuk sedekah...haram bg kita yg x lyk, terima
tp kita kena anggap hadiah
barulah boleh terima n makan

tapi dah jadi trend sekarang
kalau nak bagi apa2 mesti sebut
"ambik la saya sedekah"
so apa tindakan kita?
xkan lah kita nk ajar dia pulak
supaya kata "ambik la hadiah ni"
sbb hadiah ni org selalu bagi bila besday,kawin...menang
apa2 peraduan...


jadi tindakan saya sekarang ni
bila org bagi apa2...
dalam hati kecil berkata "aku terima hadiah"
sama jgk kes kalau bagi duit pada bdk2 tau
xleh sebut sedekah...tu kata kawan saya laa...
apa pendapat uollz ?


' BIASAKAN YANG BETUL BUKANNYA BETULKAN
YANG BIASA'


Salam exora...








Wednesday 10 August 2011

Pic 1

Muhammad Hakim



Dialah penemanku
dikala sunyi
dikala rindu
dan kadang-kadang
dikala kebosanan
yang datang

dia juga
sangat memahamiku
sering membantu
dikala aku
sangat memerlukan
bantuan
walaupun
hanya secebis pertolongan
tapi bisa menenangkan
jiwaku...

terima kasih 
kerana dikurniakanNya
anak saudara
sepertimu
walaupun kadangkala
bisa juga buat aku
hilang pertimbangan
tapi tidak
keterlaluan laku mu itu

semoga aku bisa
lebih lama lagi
bersama mu
insyaAllah...

salam exora.......




Tuesday 9 August 2011

Syukur...

Assalamualaikum...

Syukur...
yg tak terhingga
takde ribut takde taufan
tiba2 kerajaan umum
penjawat awam
dapat BONUS setengah bulan gaji

Alhamdulillah...
dapat la berkira-kira
apa yg boleh dibuat
dengan duit yg agak2 terpijak tu
hehe...

tahniah kepada semua
penjawat awam
di Malaysia
dan kepada mereka
yang tidak dari golongan ini
tahniah juga
insyaAllah...rezeki kalian pun
melimpah ruah juga

sama2lah kita bersyukur
dapat rezeki lebih dibulan ramadhan
dan gunalah bonus itu sebaik mungkin...


salam exora...

Friday 5 August 2011

Ikan Terubuk Bakar

Assalamualaikum...

Bulan ramadhan ni mcm2 menu
muncul di fikiran, sampai x tahu nak buat mana satu dulu
biasa la awal2 ni, dah msk mggu ke3 n 4 nanti
mula la x tahu nak msk apa dah

Uollz suka ikan bakar x?
saya meme suka pun ikan bakar
sebab ayah saya selalu makan ikan bakar tawar
pastu di masukkan dalam budu
cicah pulak dengan ulam-ulaman


tapi hari ni saya nak ceritakan pasal
ikan terubuk bakar
itulah menu saya semalam dsamping sambal pauh (mangga)
dan yg mahalnya ada permintaan
nk makan sardin tumis..hehehe


meme banyak tulang ikan tu tapi isinya sedap
hari tu kepalanya saya dah masak asam tempoyak
sedapnyerrrrrrr...
semalam saya ingat nak bakar tawar jer
pastu buat pencicahnya sambal kicap atau asam jawa
tapi suami saya pulak bagi resipi baru


bahan2nya ialah : lada hitam, halia, serai
                             bwg putih n merah
                             sedikit cili api,garam,gula n ajinomoto
tumbukkan, sapu pada ikan n perapkan seketika
pastu bakar laa...


selamat mencuba kepada yang berminat...selalunya uollz
bakar ikan letak apa yer...
                              
Hari ni pulak menu saya ialah
telur itik gulai ngan pucuk ubi,
kerang rebus cicah sambal kicap n ayam grg kunyit
tu pun klu menu x ditukarkan laa...
 

Thursday 4 August 2011

Berbuka di Masjid Putrajaya

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita sikit
pengalaman berbuka puasa dan berterawih
di masjid Putrajaya

sebenarnya dah lama berkeinginan
untuk berbuka puasa dan solat terawih
beramai-ramai kat masjid Putrajaya
dulu my brother study kt UPM
dia kata kalau bln ramadhan
student UPM suka meround 
masjid2 di persekitaran
dan dalam byk2 masjid tu diorang plg suka
masjid Putrajaya


dan kebetulan hari pertama ramadhan
saya ada urusan di BPP
langsung saya pasang angan2
nak singgah berbuka n terus solat terawih
kat situ..telekung n bj ganti pun dh siap
alhamdulillah, keinginan saya disokong
oleh my hubby...tu pun dh puas pujuk sbnrnya, hehe


memang meriah rupa2nya
ramai sangat warga Putrajaya dan mereka yang
di persekitarannya yang suka berkunjung ke sini
bila bulan ramadhan...
sebijik macam ada kenduri kt kampung2 tu
setiap lapisan umur ada...anak yang masih baby pun ada
memang bersemangat diorang ni


masa makan tu saya tanya kakak disebelah saya
"kak, kalau bulan puasa memang ramai macam ni ke kat sini?"
dia jawab "yer, kdg2 lg ramai, akak kalau bulan puasa sebulan ulang alik dari Kinrara Puchong, gilir2 antara masjid Putrajaya, msjid sultan zainal abidin(kat Putrajaya jgk) dan masjid Wilayah Persekutuan."
saya cakap lagi.."ooo..yer ke, saya tadi segan jgk nak dtg buka kt sini, kot2 makanan tu untuk org2 musafir jer."
akak tu jawab lagi.."zaman sekarang ni mana ada musafir sangat pun, memang disediakan untuk orang ramai, seronok buka puasa
ramai2 lagipun x payah nak fikir psl masak, pastu nak kemas lagi,
nak solat lagi n nak ke masjid solat terawih pun terkejar-kjr,
kt sini senang semua dh terhidang dan kita bawa diri jer".

Itulah kesimpulannya
Masjid Putrajaya sangat meriah dibulan ramadhan
ramai jgk ibu-bapa yang ambik anak sekolah petang
terus singgah jer...
semasa solat terawih pulak
kat luar masjid, lamannya yang ada air2 tu
ramai kanak-kanak bermain 
macam esok dh nak raya tau...
seronok tengok

Kalau berkesempatan...
teringin jgk nak sampai ke masjid Wilayah Persekutuan,
lalu jer belum pernah singgah


Salam...exora

Tuesday 2 August 2011

Sepetang di BPP

Selamat pagi...

Hi, macamana hari ni puasa
masih sihat?
insyaAllah, semoga kita semua 
dapat menjalani ibadah puasa
selama sebulan ini dengan sempurna

Semalam, balik dari sekolah
lebih kurang jam 2.15 petang
saya, suami n my nephew pergi ke Putrajaya
agak terkejar-kejar jugak la sebab ofis gomen ttp pukul 5
dan setengahnya pula pilih yang 4.30pm


saya ke sana
untuk buat susulan kes interest rumah hari tu 
setelah merujuk pada lawyer (suami kawan saya)
malas nak telefon bahagian perumahan
asyik pass2 jer kt org tu..orang ni...
last2 putus, credit dh habissss
hehe...biasa la tu


saya sampai sana
pukul 4pm setelah terlepas 2 simpang ke Putrajaya
kalau nak cepat meme mcm tu
walhal baru sangat lagi pergi sana
pas2 dah sampai sana pun x sah
kalau x berpusing-pusing cari
bangunan Bahagian Pinjaman Perumahan


dah sampai ambik nombor
tiba giliran, dia kata saya salah bahagian
oke..ambik nombor lak lagi 
untuk pertanyaan bahagian interest
hanya kaunter 5 n kaunter 6
kaunter 5 x der staf so.. kaunter 6 jer ada 
tapi dia dok potpet2 ngan kaunter sebelah
dekat 15 minit jgk la xder customer
depan dia, kite dh la nk cepat
bila tiba giliran, saya ceritakan la...
baru 2,3 ayat cerita, terus dia cakap
"akak balik n buat surat mohon pengecualian interest, pas2 baru dtg jumpa Pn.Shazlin kt tingkat 3"
bila saya nak jumpa masa tu, dia kata
"kak, Pn.Shazlin kata kalau x bw surat tu dia x nk jumpa"
adessss...dah la bkn sng saya nak ke sana


Saya pun buat degil..hehe
terus jugak naik tingkat 3, tapi pintu x le buka
oppss..lupa la, kat cni semua atas2 kena ada pas
turun semula mintak pas ngan en. polis kt bwh
naik semula, jumpa kerani dan soalannya
"Pn ada buat appointment ke"
belum sempat saya jawab, tiba2 seorang pegawai
keluar dari bilik dan tanya saya nak jumpa siapa
terus dia g panggil Pn.Shazlin,
alhamdulillah...dia melayan saya dengan baik
walaupun masa tu diorang dh nk balik
xder pun tanya surat2 ke apa
Allah telah permudahkan urusan
berkat hari pertama ramadhan


dan untuk kes saya
insyaAllah beliau akan siasat
sebab kes ni jarang terjadi
dia akan hubungi bahagian Penilaian
kenapa tidak buat laporan pada BPP
sedangkan rumah tu dh lama siap


Lega saya...
sekurang-kurangnya xder la pergi kosong jer
itulah dia antara kerenah birokrasi
yang membuatkan setiap urusan jadi leceh
n tertangguh...kalau ikut jer kerani kat bawah tadi
balik bodoh jer la saya...


Salam exora.....

Monday 1 August 2011

Syukur...

Salam 1 Ramadan...

Syukur yang tak terhingga
kerana dengan limpah kurniaNya
kita semua masih diberi kesempatan
untuk menyambut bulan yang sangat mulia ini

Malam tadi telah bermula solat terawih
dan aku juga berpeluang
untuk menunaikannya lagi
pada tahun ini

dan awal pagi nanti pula
bermulalah sahur yang pertama
di bulan ramadan
pada kali ini
aku juga cuma sempat
untuk membuat kari ayam sahaja
untuk hidangan kami sekeluarga

sibuk sangat hari ni
dari awal pagi gotong royong
bersih kawasan rumah
dan tanam pokok2
yang telah dibeli
di ekspo pertanian semalam

Selamat bersahur rakan sekelian...

Salam exora...