*IKLAN DEH!!*

Wednesday 29 June 2011

Salam Israk Mikraj

Assalamualaikum...

Salam Israk dan Mikraj kepada semua blogger...

Hari ini negeri tempat saya mencari rezeki merupakan hari cuti...alhamdulillah, dapatlah saya membuat kerja2 yang
asyik 'pending' jer...

Setiap tahun kita menyambut hari Israk dan Mikraj pada 27 Rejab...tapi adakah setiap tahun itu juga kita menghayati sejarahnya?...dan mengambil iktibar dari setiap kejadian semasa nabi Muhammad (s.a.w) membuat perjalanan dari masjidil haram ke masjidil Aqsa (Israk)...

Pelbagai kejadian telah dilihat oleh Rasulullah (s.a.w) sepanjang perjalanannya...betapa Allah (s.w.t) telahpun mengingatkan kita semua bahawa dari zaman baginda lagi berlakunya riba, zina, umpat keji dan fitnah, dan pelbagai lagi...

Kalau kita renung sejenak...lihatlah dunia kehidupan hari ini betapa berleluasanya perkara2 diatas yang saya nyatakan itu...ramai penzina terdiri dari pelbagai golongan termasuklah mereka yang masih di alam persekolahan, lebih menyedihkan ramai antara mereka yang beragama Islam...begitu juga dengan para suami dan isteri yang menjalin hubungan dengan pasangan yang lain sedangkan mereka sudahpun berkeluarga...

Sepanjang perjalanan Rasulullah(s.a.w) itu juga baginda menyaksikan pelbagai balasan seksa Allah (s.w.t)yang telah dikenakan ke atas mereka yang melakukan pelbagai kemungkaran...Subhanallah...amat menyakitkan, memalukan dan menakutkan...

Wahai saudara2 ku yang seagama, marilah kita sama2 menghayati setiap kejadian yang dilalui oleh baginda sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj...Semoga kita bisa menghindari setiap yang dilarang dan menunaikan setiap kewajipan...aamiiinnn...

Salam Israk dan Mikraj.....exora

Sunday 26 June 2011

Kitab Cinta

Sebuah drama arahan pengarah Erma Fatima,
dilakonkan oleh aktor dan aktres dari Malaysia dan
Indonesia...Hero nye Hardi Hartono dan heroin nye 
Fazura Sarifudin,
begitu secocok sekali gandingannya...

Setelah menonton 4 episod yang pertama, dapat saya
katakan drama ini sungguh menarik...jalan ceritanya tidak membuatkan penonton jemu, ceritanya digarap dengan nilai2 keislaman yang sangat tinggi...mengajak kita semua mendalami islam dengan lebih mendalam dan tidak meremehkan perkara2 yang wajib atau haram hukumnya...


Saya juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang kehidupan masyarakat Acheh...kefahaman mereka terhadap islam, pelaksanaan dan amalan hukum hudud serta tentang kebangkitan mereka selepas dilanda badai tsunami...


Antara yang menariknya di Acheh...masih lagi ada hukuman sula seperti yang dialami oleh Aduka dalam filem 
'Sumpah Semerah Padi' jika ada yang ditangkap berkhalwat...


Sekiranya drama dan filem Nur Kasih pernah menjadi fenomena bagi peminat2 drama semua...tidak salah rasanya anda luangkan waktu seketika untuk menonton drama ini...


Menonton drama ini banyak memberi pengajaran,
islam memuliakan umat yang banyak bersabar...akhlak yang tinggi...melarang sama sekali membuat fitnah sesama manusia...


Salam kedamaian...exora73...
 

Saturday 25 June 2011

Dunia Baru

Salam para bloggers semua...

Blog merupakan satu dunia yang baru bagi saya...
meskipun perkataan 'blog'  dan 'blogger' telah lama didengari, namun untuk mendekati...menerokainya sangat asing rasanya...ini disebabkan beberapa kekangan seperti :

 -  tak pandai
 -  tiada masa
 -  tiada idea

Itulah antara kekangan yang sentiasa saya alami...walaupun keinginan begitu tinggi.

Saya juga perlu berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajar cara untuk menjadi 'blogger' walaupun secara maya...hahaha..beliau memang excellent..

Semoga saya menjadi 'blogger' yang aktif sepertimana sifu saya...dan harapan agar ada yang sudi membaca dan memberi komen setiap tulisan saya...

Wasallam...exora73...