*IKLAN DEH!!*

Thursday, 22 December 2011

Batik Sutera lagi...

sutera 1
sutera 2..sama plk nampak ngan yg diatas
sutera 3

Wednesday, 14 December 2011

WW - ETOK

sangat popular di Kelantan - kegemaran ramai
terdapat di sungai-sungai - tidak semua sungai ada tau...
walaupun rupa mu buruk, bau mu kurang menyenangkan tetapi rasamu tetap menjadi pujaanku...

Tuesday, 6 December 2011

Buah apa ?

Assalamualaikum...

Uollz pernah jumpa x buah ni
aku pun baru 1st time tengok
selalunya buat ulam bunga dia jer
x tahu pulak ada buah macam gini
pokok ni ada kat belakang rumah my family..
jom pakat2 teka...
Mama sarahnajwan hanya dibenarkan komen
tapi tidak dibenarkan menjawabnya...hahaha

Selamat menjawab...

salam exora.....

Friday, 2 December 2011

Penutup tirai 2011...

Assalamualaikum...

Berakhir sudah sesi persekolahan 2011
untuk p&p (pengajaran n pembelajaran) laa
tapi ada lagi tugas besar yang belum settle
kena isi online data KSSR murid2 Tahun 1 2011
aduhhhh.....lecehnya kena isi dari bulan Jan-Nov tu
dari hari ke hari aku menangguhnya
x lalu nak tgk borang2 tu..huhu
apa2 hal pun meh layan gambar 
sesi penutup tirai persekolahan 2011...
x ramai geng...sekolah dah besar tapi murid2nya x ramai..hehe
selepas majlis minum petang warga SKUB di Hotel Royal Bintang...byk2  lokasi menarik, kat sini jgk depa nak bergambar



Semoga tirai 2012 membuatkan aku lebih semangat
untuk ke sekolah
walaupun terpaksa PJJ lagi ngan suami ku..huhu


salam exora...

Thursday, 1 December 2011

Ketupat Sotong versi Ibu Mertuaku

Assalamualaikum...

Uollz pernah makan ketupat sotong x?
Biasanya makanan ni agak terkenal
di negeri2 Pantai Timur ni
antara makanan peberetku yg ssh nak dapat d perantauan
minggu lepas mak mertua masak ketupat sotong
jom layan gambar ni...
mak mertua tidak bubuh nisse...kehabisan stok
sedap rasanya...lemak2 manis, tapi xle mkn byk dalam satu masa...aku laa
Bahan2nya :
Beberapa ekor sotong segar
beras pulut
santan, gula/gula melaka(nisse-oghe kelatan sebut)
sedikit halia n garam
lidi sate

Cara membuatnya :
rendamkan beras pulut dengan santan (lebih krg 30minit)
masukkan pulut ke dalam badan sotong (isi padat2)
masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi
setelah siap masukkan kedalam periuk
masukkan santan, halia, garam dan gula/gula melaka
panaskan sehingga mendidih 
agak2 masanya sehingga pulut dalam sotong masak
kalau lama sangat sotong akan menjadi keras...

selamat mencuba............


salam exora...

Wednesday, 30 November 2011

Yang diidamkan...

laksa yang halus...bukan laksa dalam plastik (kena rebus)
kuah laksa kelantan
3 hari berturut-turut
aku makan laksa ni
hari pertama aku kat rumah mertua lagi
bapa mertua sudah membelinya
teringat yang menantunya sibuk tanya pasal laksa
sejak balik raya haji lagi
tapi masa tu belum ada orang jual sebab sibuk beraya...

salam exora...

Wednesday, 23 November 2011

Jadual ku sudah berubah...

Assalamualaikum...

Apa kabar rakan2 blogger
semoga sihat selalu
disamping meneruskan rutin seharian...

Alhamdulillah...
Aku sekarang sedang bercuti panjang
cuti dari segala permasalahan di sekolah
bebas dari menjadi sorang guru, kerani, doktor,
polis, lawyer dan segalanya (termasuklah peniaga)...hehe
kerja ku sekarang tukang masak n tukang makan
semoga aku aman damai di sini
tanpa sebarang panggilan telefon dari sekolah mahupun PPD

sekarang aku agak dekat dengan suami
baru menjadi surirumah sepenuh masa
itupun bukan yang real lagi
sebab mertuaku banyak main peranan
terutama di dapur
tapi seawal jam 6.45am pagi aku dah ke dapur
untuk sediakan sarapan yang ringkas buat suami
pukul 7.30am dia dah ke tempat kerja
untuk sarapan keluarga
mertuaku selalunya beli di kedai
hari2 aku dihidangkan dengan sarapan yang sedap
nasi berlauk gulai ikan tongkol peberetku
dan juga nasi kerabu
hari ini ibu mertuaku sediakan nasi kerabu sendiri
aku pun bantu jugak la mana yang patut
perghhh..sedapnya

begitulah aku kalau sudah cuti sekolah
makan jer kerjaku
tambah pulak sekarang musim bah sudah tiba
x dapat nak berjalan-jalan
makan tidur jer la

weekend ni insyaAllah balik rumah my mom pulak
kat sana nanti lain pulak jadual ku
tapi bab makan sama jugak
ada jer makanan kat dapur tu
kesian my mom...
aku dah terpaksa bahagi masa cuti sekarang ni
kalau dulu2 sepenuh masa aku bersama beliau...

walaupun aku sudah banyak masa free
tapi jarang jgk dapat berblog
sebab masa banyak habis untuk bersembang
dengan keluarga, suami ...
insyaAllah aku akan cuba jgk untuk luangkan masa
baca n3 uollz...rindu sebenarnya


salam exora...

Thursday, 17 November 2011

Dapat hadiah jugak dia rupanya...

Selamat petang...

Hari penyampaian hadiah
dah pun selesai semalam
x sangka pulak M.Hakim pun dapat hadiah
2,3 kali jugak la dia naik pentas
untuk kategori markah tertinggi Matematik Tahun 2, 
murid baharu naik al-Quran, peningkatan Pelajaran Jawi
dan peningkatan Kem Bestari Solat Terbaik...
muka kepenatan...4 kategori hadiah dia dpt
tahniah...Hakim, awak x pakai kasut ke? Sapa yang bagi hadiah tu ?
Tak sangka pulak dia dapat hadiah
sebab prestasi dia merosot
berbanding exam yang lepas...
Selepas terima hadiah
cepat2 pula dia kena berbaris
untuk persembahan pula...
memang la dia kepenatan nampaknya
tu dia..ternganga semua mulut buat persembahan dalam bahasa Arab
nasib baik Hakim ringan..sian abg iwan belakon jd ayah utk lakonan iklan Burung Murai...
dia jer sorang paling kecik...yg lain semua murid darjah 6
M.Hakim dan rakan2nya selepas buat persembahan...
antara hadiah2nya...ini untuk KAFA
dah 3 tahun aku terlibat dengan bahagian hadiah untuk kecemerlangan akademik
salam exora...

Wednesday, 16 November 2011

Beban Hampir 13k.....Akhirnya selesai

Assalamualaikum...

Hari ini hampir 13k wang yang aku kendong
ke hulu ke hilir
dari jam 8.00am hinggalah 5.00pm
sehingga membuatkan aku agak terbeban
menggelabah la jugak
bimbang kerana ianya adalah amanah
bantuan khas awal persekolahan 2012
untuk 91 orang murid-murid sekolahku
manakala untuk bantuan kwapm seramai 17 orang
akhirnya dapat diagihkan dengan lancar
tanpa sebarang masalah yang tidak diingini
agak2nya mcmn la isteri atuk boleh bawa
sampai 47k...mesti polis escot kan...
tempat wang diagihkan...terima kasih rakan2 yg sudi membantu
Hanya ada 3 orang sahaja penjaga
yang belum mengambil hak anak mereka
Lega aku kerana duit tu dapat diagihkan
sebelum cuti sekolah
bukan apa yang paling aku risau
kalau duit2 ni belum settle
mesti aku lambat balik kampung...huhu

terima kasih YB Datok Abdul Samad
Adun Seri Menanti
sentiasa meluangkan masa untuk sekolah kami
dari sebesar-besar majlis
mahupun majlis yang sangat simple
kerana kesudianmu walaupun terpaksa berkejaran
dari sebuah majlis dengan belia di Putrajaya 
dari pagi hingga tengahari
kemudian terus pula ke sekolah kami...
Datok memang menepati slogan...
"rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

p/s : walaupun ada yang dapat kedua-dua, bantuan khas RM100 n bantuan Kwapm RM200 seorang
       tapi bila dimaklum anak mereka masih ada hutang yuran n bayaran2 kat sekolah, masih x nak bayar..
       esok2 katanya...:)
 
Salam exora...

Tuesday, 15 November 2011

Banyak lagi kena bayar...

Selamat petang...

Setiap kali pihak kerajaan buat pengumuman
tentang pemansuhan yuran itu...yuran ini
kami guru2 sering dalam dilema
untuk menjawab pelbagai soalan
untuk hadapi mcm2 reaksi ibu bapa
di awal tahun nanti...
Semasa bajet yang lepas
sekali lagi pasal pemansuhan yuran disebut
tapi tuan/puan kena ingat dan faham betul2
itu Yuran Khas sahaja
kalau sekolah aku nilainya RM24.50
kecik anak mata aku nak menyiapkan jumlah bayaran murid mengikut kelas ni...untuk 2012
Tahun 1 menjuarai...jumlahnya RM222.40
Semua bayaran ini bergantung kepada ibu bapa
kalau ada barang2 yang mereka hendak beli sendiri
pun boleh...cuma ada benda2 yang wajib beli kat sekolah
seperti lencana, baju sukan dan tanda nama

Ni baru anak2 yang sekolah rendah
yang Sekolah Menengah lagi banyak kot...
tu pun ada juga yang dah sibuk nak buat mende
lain ngan duit RM100 yang PM umum tu...
pastu awal tahun yuran x bayar2...
harap2 guna la duit tu sebaik mungkin


salam exora...


Sunday, 13 November 2011

Nasi Goreng Kerabu Ikan Rebus

Selamat malam...

Mesti uollz pelikkan...
tajuk n3 aku hari ni
menu yang x pernah dibuat dek orang kot
tapi hari ini aku telah mereka resipi ini
sebenarnya dikombinasikan 
antara nasi goreng ikan rebus dan nasi grg kerabu
meh layan pic nya dulu...
nampak mcm x menyelerakan ker???...hehe bagi aku sedap, tp hr ni aku x letak serai pom.

cara membuatnya :

tumbukkan bawang putih, bawang merah n cili padi
tumiskan sehingga masak
masukkan ikan rebus yang telah dihancurkan (jgn tumbuk)
goreng sampai garing
masukkan nasi, sesudu budu (kalau suka), garam n aji
last masukkan serai dan bunga kantan (dipotong halus)
da siapppppp...

senangkan?
nasi goreng ni x perlu letak telur
atau lauk2 lain yang seangkatan dengannya
selamat mencuba...

p/s : pastikan ikan yang direbus betul caranya...godek n3 lama aku yer, ada ajar nak rebus
       ikan.....ikan yang paling best ialah tongkol atau selayang (sardin).
 
salam exora...

Friday, 11 November 2011

Kecewa lagi...

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di alam maya ini
yang hanya berteman dengan kata-kata
tanpa bicara 
tapi penuh dengan makna...

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu
tiba jua, 10.11.11
keputusan pertukaran guru-guru
untuk satu Malaysia telah pun diumumkan
dan aku akhirnya
kecewa lagi...huhuhu
gagal pun kena cetak surat jugak ker?...huhu.. lagi pasrah tengok surat gagal n
aku pasrah...
suami ku lagi parah
kerana dia yang terpaksa
berulang-alik dari K.Besut ke Seremban


salam exora...

Sunday, 6 November 2011

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut hari raya Aidiladha
diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat
semoga beroleh keberkatan dalam setiap pengorbanan
yang telah kita lakukan

Uollz beraya kat mana
dapat cuti ke tak
aku cuti sampai hari selasa
so dah sampai kat kampung malam tadi lagi

Walau di mana pun kita menyambutnya
semoga kita dapat menghayati erti korban
yang sebenarnya
dan semoga bergembira menyambutnya
disamping keluarga tersayang...










Thursday, 3 November 2011

Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha...

Assalamualaikum...

Petang tadi sekali lagi aku ke Putrajaya
bukan untuk urusan rumah lagi
tapi untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja
yang menguruskan pasal pertukaran guru-guru

Minggu lepas, seorang pegawai tinggi
dari Kementerian Pelajaran singgah sekolah aku
lalu aku mengambil kesempatan bertanya khabar
tentang urusan pertukaran
dia kata 10 Nov nanti keluar keputusan...
bila dia tahu aku nak pindah ke Kelantan
terus dia berkata;
"Kelantan, Terengganu dan Kedah penuh...x boleh masuk,
  Kelantan 12 jer kekosongan tp yg apply 2000 lebih"
terus aku terkedu mendengarnya
aku tanya dia;
"Tuan, kalau saya pergi ke Putrajaya...dengan siapa
  yer saya nak jumpa?"
terus dia bagi nama2 pegawai tu dan lengkap dengan tempatnya
dalam hati aku berkata...baiknya tuan ni melayan orang2
bawahan seperti aku

Lalu bila pagi tadi hubby aku sampai
terus aku crt kat dia pasal tu
dan balik dari sekolah tadi kami pun pergi ke sana
sampai jer di bilik tersebut aku tanya kaunter
dia kata pegawai tu baru jer masuk meeting
pegawai2 yang lain pun sama jgk katanya sedang meeting
jam dah pun menunjukkan pukul 4.15pm
memang sah la sia2 jer aku datang
disitu juga kelihatan sepasang suami isteri (dari Perak)
dan ada seseorang sedang bercakap dgn mereka
agak lantang jugak kedengaran
lepas tengok aku, org yg sedang bercakap tu
terus tanya apa urusan aku, pasal pindah ker
aku kata yer...lalu dia pun bla..bla..bla
katanya result belum kluar nape sanggup
datang..telefon jer la...belum tahu result mcmn nak merayu
kereknyer orang tu...geram sangat2 cara dia layan kami
lepas dia dah berlalu pergi...aku tanya kat kaunter
siapa orang tu, rupa2nya dia salah sorang jawatankuasa
urusan pertukaran jugak

aku pun turun semula ke bawah cari husband
dia x naik sbb parking penuh
lepas dengar crt aku dia ajak pergi esok pulak
aku x nak sbb esok dah nak balik kampung

tiba2 aku terfikir bekas guru aku tingkatan enam dulu
kabarnya dah berpindah ke KPM...tapi aku x tahu bahagian mana
sebelum ni dia Pengarah Pelajaran Kelantan
lalu aku tanya kaunter bawah tu
ada x senarai nama staf kat situ aku nak cek nama cikgu tu
dia kata xder...aku tanya kenal x pegawai nama Ghazali
dia kata kat situ sorang jer nama mcm tu
tapi Dato' Hj Ghazali...Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
aku pun redah la pergi ke bangunan tersebut
takut jgk tersalah orang...dah la dato' tu
mesti ssh nk jumpa...
jam menunjukkan 4.40pm, ramai yang dah
mula balik kerja...
aku jumpa kaunter bawah, terus dia bagi pas lawatan
bila sampai tingkat 6, ada kaunter lagi
dia kata sila jumpa PA Pengarah dulu...
sambil2 tu mata aku dan suami lihat
gambar2 di dinding...memang sah bekas guruku
ada di situ, alhamdulillah
lepas jumpa PA nya terus jer dia suruh aku masuk
senangnya nak jumpa Pengarah...tapi kalu nak jumpa pegawai
banyak pulak tapisannya
baiknya dia melayan kami...wpun masa dah kesuntukan
aku dan hubby ceritakan semua masalah kami
juga tentang kejadian di blok yang kami pergi tadi
dan dia sendiri berkata;
"apa-apa hal sebelum result keluar la, kalau dah ada result,
  lagi la x ble buat apa, tapi Kelate meme susah nak masuk"

walau apa pun keputusan yang keluar nanti
aku redha...sekurang-kurangnya aku dan suami
sudah berusaha...
tapi sempat jgk kami lepak kat sini...tenangkan kekusutan
salam exora...

Yerrrr..saya menang

Assalamualaikum...

Suka sangat2...
sebab aku menang
dalam GA FM yang di buat oleh 
pemilik blog Yus...
pertama kali mencuba nasib
di dunia maya ni
ada tuah nampaknya
jom tengok apa yang aku dapat nanti