*IKLAN DEH!!*

Thursday, 3 November 2011

Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha...

Assalamualaikum...

Petang tadi sekali lagi aku ke Putrajaya
bukan untuk urusan rumah lagi
tapi untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja
yang menguruskan pasal pertukaran guru-guru

Minggu lepas, seorang pegawai tinggi
dari Kementerian Pelajaran singgah sekolah aku
lalu aku mengambil kesempatan bertanya khabar
tentang urusan pertukaran
dia kata 10 Nov nanti keluar keputusan...
bila dia tahu aku nak pindah ke Kelantan
terus dia berkata;
"Kelantan, Terengganu dan Kedah penuh...x boleh masuk,
  Kelantan 12 jer kekosongan tp yg apply 2000 lebih"
terus aku terkedu mendengarnya
aku tanya dia;
"Tuan, kalau saya pergi ke Putrajaya...dengan siapa
  yer saya nak jumpa?"
terus dia bagi nama2 pegawai tu dan lengkap dengan tempatnya
dalam hati aku berkata...baiknya tuan ni melayan orang2
bawahan seperti aku

Lalu bila pagi tadi hubby aku sampai
terus aku crt kat dia pasal tu
dan balik dari sekolah tadi kami pun pergi ke sana
sampai jer di bilik tersebut aku tanya kaunter
dia kata pegawai tu baru jer masuk meeting
pegawai2 yang lain pun sama jgk katanya sedang meeting
jam dah pun menunjukkan pukul 4.15pm
memang sah la sia2 jer aku datang
disitu juga kelihatan sepasang suami isteri (dari Perak)
dan ada seseorang sedang bercakap dgn mereka
agak lantang jugak kedengaran
lepas tengok aku, org yg sedang bercakap tu
terus tanya apa urusan aku, pasal pindah ker
aku kata yer...lalu dia pun bla..bla..bla
katanya result belum kluar nape sanggup
datang..telefon jer la...belum tahu result mcmn nak merayu
kereknyer orang tu...geram sangat2 cara dia layan kami
lepas dia dah berlalu pergi...aku tanya kat kaunter
siapa orang tu, rupa2nya dia salah sorang jawatankuasa
urusan pertukaran jugak

aku pun turun semula ke bawah cari husband
dia x naik sbb parking penuh
lepas dengar crt aku dia ajak pergi esok pulak
aku x nak sbb esok dah nak balik kampung

tiba2 aku terfikir bekas guru aku tingkatan enam dulu
kabarnya dah berpindah ke KPM...tapi aku x tahu bahagian mana
sebelum ni dia Pengarah Pelajaran Kelantan
lalu aku tanya kaunter bawah tu
ada x senarai nama staf kat situ aku nak cek nama cikgu tu
dia kata xder...aku tanya kenal x pegawai nama Ghazali
dia kata kat situ sorang jer nama mcm tu
tapi Dato' Hj Ghazali...Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
aku pun redah la pergi ke bangunan tersebut
takut jgk tersalah orang...dah la dato' tu
mesti ssh nk jumpa...
jam menunjukkan 4.40pm, ramai yang dah
mula balik kerja...
aku jumpa kaunter bawah, terus dia bagi pas lawatan
bila sampai tingkat 6, ada kaunter lagi
dia kata sila jumpa PA Pengarah dulu...
sambil2 tu mata aku dan suami lihat
gambar2 di dinding...memang sah bekas guruku
ada di situ, alhamdulillah
lepas jumpa PA nya terus jer dia suruh aku masuk
senangnya nak jumpa Pengarah...tapi kalu nak jumpa pegawai
banyak pulak tapisannya
baiknya dia melayan kami...wpun masa dah kesuntukan
aku dan hubby ceritakan semua masalah kami
juga tentang kejadian di blok yang kami pergi tadi
dan dia sendiri berkata;
"apa-apa hal sebelum result keluar la, kalau dah ada result,
  lagi la x ble buat apa, tapi Kelate meme susah nak masuk"

walau apa pun keputusan yang keluar nanti
aku redha...sekurang-kurangnya aku dan suami
sudah berusaha...
tapi sempat jgk kami lepak kat sini...tenangkan kekusutan
salam exora...

8 comments:

zomba said...

sabar lh,,bnyk2 kn brdoa kak...

akuzle ayu said...

sy pon mintak tukau since 2009. tuko daerah jahs tp until now sesia.

exora said...

zomba :
begitu lah nampaknya...huhuh

exora said...

ayu:
hi..salam kenal
bila mcm ni terasa susahnya jd org kelantan..hahahh

Unknown said...

susahnya nak buat pertukaran ya kak...

saya doakan akak dapat....aminn.

p/s: akak sorang je belum bagi details. Nanti jangan lupa ya..:)

exora said...

yus :
insyaAllah yus...
thanx..

sori..akak lupa plk.

sarah-najwan said...

mu patut gi awl lagi long..amik CRK sehari..tggu dr pagi lagi..

aku harap mu berjaya tukar..

aku dulu pom nasib baik shj dpt tukar..tapi hak penting mmg pi sana..
tapi seme ni bergantung pada nasib..insyaAllah kalu ade rezeki mu..ade la tu..

exora said...

ina :
aku tggu hubby aku maghi...
klu xle jgk aku paksa dia lak ikut aku...hahaahh

insyaAllah...mg ada rezki