*IKLAN DEH!!*

Wednesday 29 June 2011

Salam Israk Mikraj

Assalamualaikum...

Salam Israk dan Mikraj kepada semua blogger...

Hari ini negeri tempat saya mencari rezeki merupakan hari cuti...alhamdulillah, dapatlah saya membuat kerja2 yang
asyik 'pending' jer...

Setiap tahun kita menyambut hari Israk dan Mikraj pada 27 Rejab...tapi adakah setiap tahun itu juga kita menghayati sejarahnya?...dan mengambil iktibar dari setiap kejadian semasa nabi Muhammad (s.a.w) membuat perjalanan dari masjidil haram ke masjidil Aqsa (Israk)...

Pelbagai kejadian telah dilihat oleh Rasulullah (s.a.w) sepanjang perjalanannya...betapa Allah (s.w.t) telahpun mengingatkan kita semua bahawa dari zaman baginda lagi berlakunya riba, zina, umpat keji dan fitnah, dan pelbagai lagi...

Kalau kita renung sejenak...lihatlah dunia kehidupan hari ini betapa berleluasanya perkara2 diatas yang saya nyatakan itu...ramai penzina terdiri dari pelbagai golongan termasuklah mereka yang masih di alam persekolahan, lebih menyedihkan ramai antara mereka yang beragama Islam...begitu juga dengan para suami dan isteri yang menjalin hubungan dengan pasangan yang lain sedangkan mereka sudahpun berkeluarga...

Sepanjang perjalanan Rasulullah(s.a.w) itu juga baginda menyaksikan pelbagai balasan seksa Allah (s.w.t)yang telah dikenakan ke atas mereka yang melakukan pelbagai kemungkaran...Subhanallah...amat menyakitkan, memalukan dan menakutkan...

Wahai saudara2 ku yang seagama, marilah kita sama2 menghayati setiap kejadian yang dilalui oleh baginda sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj...Semoga kita bisa menghindari setiap yang dilarang dan menunaikan setiap kewajipan...aamiiinnn...

Salam Israk dan Mikraj.....exora

2 comments:

sarah-najwan said...

salam israk mikraj..

template ni lawa..cuma bab tulisan tu biar clear sket..jgn main warna long..sakit mato weh...

ce mu godek lagi background atau tmplate hak comey2..tulisan mudah baca..

exora said...

ok..thanx, i kn bdk baru bljr..hihi