*IKLAN DEH!!*

Wednesday, 6 July 2011

PJJ

Salam...

    Bila sebut PJJ..apa yang terlintas di fikiran kalian semua ?
Selalunyer mesti org fikir 'Pendidikan Jarak Jauh'...memang betul pun, dan saya juga merupakan salah seorang dari puluhan ribu student yang mengikuti pembelajaran jarak jauh.
Saya mula mengikuti pengajian ini pada Tahun 2004 dan mengakhirinyer pada akhir Tahun 2007...2008 dh grad...
Ingatkan dah berakhirlah pjj dalam hidup saya...tapiiiiiiiii...
rupa2nyer belum berakhir...

Tahun 2010, saya masih lagi mengikuti pjj tapi lain ckettt...iaitu 'PERKAHWINAN JARAK JAUH'. Dah lebih dari setahun saya dan suami terpaksa berjauhan...seorang di timur dan seorang lagi di barat, nak buat macamana dah kehendakNya...demi tugas dan kewajipan...

Namun...meskipun hanya menjadi 'wife weekend' ada tersirat kebaikannyer walaupun kami terpaksa berjauhan, hikmahnya hanya orang-orang yang mengalaminya saja yang tahu... 

Apa2pun...harapnya end of this year, saya dapat la berpindah ke negeri suami ataupun negeri saya sendiri...
Setahun lebih rasanya dah cukuplah untuk kami jadikan pengalaman terindah menjadi suami isteri d hujung minggu...

Sekian, luahan dari exora73...

Sunday, 3 July 2011

Minggu Sukan

   Maka bermula dari semalam...sy dan orang tersayang akan
terus bersukan demi mengembalikan semula bentuk badan yang asal sepertimana sebelum kami diijabkabul lebih kurang setahun yang lepas... 

Semalam kami menyertai larian 1M1S...main netball..futsal...
hari ini pula pagi2 dah pergi ke pusat belia n sukan d sebelah rumah untuk berjogging...pastu terus mengikuti senamrobik..balik rumah pulak terus melakukan kerja2 tukang kebun...hehehe..banyaknyer peluh keluar hari ni..setelah begitu lama meninggalkan aktiviti bersenam.


Tapi tidak dapat dielakkan selepas itu pula kami terus ke restoren Masjid, pekena teh tarik n capati...hahaha..lemak yang pecah terlalu sedikit tapi yang ditambah...??? hahaha..itulah secebis kisah aktiviti kebanyakan orang2 kiter sekarang...apa-apa pun teruskan bersukan...



Salam hari minggu...exora73..

Saturday, 2 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan

Salam semua...

   Hari ini Sabtu bersamaan 2 Julai 2011 merupakan hari persekolahan bagi semua sekolah-sekolah di Malaysia. Ini kerana program 1 murid 1 sukan telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin sekitar jam 7.30 pagi tadi...

Acara larian ini diadakan serentak di seluruh negara. Dengan itu juga setiap sekolah diminta merangka beberapa aktiviti untuk diadakan pada hari ini selain dari aktiviti larian...

Disebalik program ini ada terselit hikmahnyer...antaranyer ialah dapat la jugak guru-guru yang dah lama tidak menyertai aktiviti padang pun turut serta, termasuklah puan ustazah saya...hahaha..main bola jaring lagi..

Saya pun sama gak...dh bertahun tidak menyarung kasut sukan, tapi hari ini dengan penuh semangat menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan...santainyer rasa...tiba-tiba lak rasa macam program 1 Guru 1 Sukan..haha, berebut pulak nak jadi 'WD' ngan murid.

Ada yang lebih menarik lagi...maklumla masing2 dah lama tidak bersukan, ramai pulak yang kasutnyer sampai terkopek..hahaha..siap bagitau guru besar tu suruh tengok kasut kitaorg yang terkopek...kawan...kawan...

Apa-apa pun teruskan bersukan kepada semua... x kisah la sukan outdoor or indoor...
Badan sihat dan cergas minda cerdas...

Salam dari exora73...
 

Wednesday, 29 June 2011

Salam Israk Mikraj

Assalamualaikum...

Salam Israk dan Mikraj kepada semua blogger...

Hari ini negeri tempat saya mencari rezeki merupakan hari cuti...alhamdulillah, dapatlah saya membuat kerja2 yang
asyik 'pending' jer...

Setiap tahun kita menyambut hari Israk dan Mikraj pada 27 Rejab...tapi adakah setiap tahun itu juga kita menghayati sejarahnya?...dan mengambil iktibar dari setiap kejadian semasa nabi Muhammad (s.a.w) membuat perjalanan dari masjidil haram ke masjidil Aqsa (Israk)...

Pelbagai kejadian telah dilihat oleh Rasulullah (s.a.w) sepanjang perjalanannya...betapa Allah (s.w.t) telahpun mengingatkan kita semua bahawa dari zaman baginda lagi berlakunya riba, zina, umpat keji dan fitnah, dan pelbagai lagi...

Kalau kita renung sejenak...lihatlah dunia kehidupan hari ini betapa berleluasanya perkara2 diatas yang saya nyatakan itu...ramai penzina terdiri dari pelbagai golongan termasuklah mereka yang masih di alam persekolahan, lebih menyedihkan ramai antara mereka yang beragama Islam...begitu juga dengan para suami dan isteri yang menjalin hubungan dengan pasangan yang lain sedangkan mereka sudahpun berkeluarga...

Sepanjang perjalanan Rasulullah(s.a.w) itu juga baginda menyaksikan pelbagai balasan seksa Allah (s.w.t)yang telah dikenakan ke atas mereka yang melakukan pelbagai kemungkaran...Subhanallah...amat menyakitkan, memalukan dan menakutkan...

Wahai saudara2 ku yang seagama, marilah kita sama2 menghayati setiap kejadian yang dilalui oleh baginda sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj...Semoga kita bisa menghindari setiap yang dilarang dan menunaikan setiap kewajipan...aamiiinnn...

Salam Israk dan Mikraj.....exora

Sunday, 26 June 2011

Kitab Cinta

Sebuah drama arahan pengarah Erma Fatima,
dilakonkan oleh aktor dan aktres dari Malaysia dan
Indonesia...Hero nye Hardi Hartono dan heroin nye 
Fazura Sarifudin,
begitu secocok sekali gandingannya...

Setelah menonton 4 episod yang pertama, dapat saya
katakan drama ini sungguh menarik...jalan ceritanya tidak membuatkan penonton jemu, ceritanya digarap dengan nilai2 keislaman yang sangat tinggi...mengajak kita semua mendalami islam dengan lebih mendalam dan tidak meremehkan perkara2 yang wajib atau haram hukumnya...


Saya juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang kehidupan masyarakat Acheh...kefahaman mereka terhadap islam, pelaksanaan dan amalan hukum hudud serta tentang kebangkitan mereka selepas dilanda badai tsunami...


Antara yang menariknya di Acheh...masih lagi ada hukuman sula seperti yang dialami oleh Aduka dalam filem 
'Sumpah Semerah Padi' jika ada yang ditangkap berkhalwat...


Sekiranya drama dan filem Nur Kasih pernah menjadi fenomena bagi peminat2 drama semua...tidak salah rasanya anda luangkan waktu seketika untuk menonton drama ini...


Menonton drama ini banyak memberi pengajaran,
islam memuliakan umat yang banyak bersabar...akhlak yang tinggi...melarang sama sekali membuat fitnah sesama manusia...


Salam kedamaian...exora73...
 

Saturday, 25 June 2011

Dunia Baru

Salam para bloggers semua...

Blog merupakan satu dunia yang baru bagi saya...
meskipun perkataan 'blog'  dan 'blogger' telah lama didengari, namun untuk mendekati...menerokainya sangat asing rasanya...ini disebabkan beberapa kekangan seperti :

 -  tak pandai
 -  tiada masa
 -  tiada idea

Itulah antara kekangan yang sentiasa saya alami...walaupun keinginan begitu tinggi.

Saya juga perlu berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajar cara untuk menjadi 'blogger' walaupun secara maya...hahaha..beliau memang excellent..

Semoga saya menjadi 'blogger' yang aktif sepertimana sifu saya...dan harapan agar ada yang sudi membaca dan memberi komen setiap tulisan saya...

Wasallam...exora73...