*IKLAN DEH!!*

Thursday, 22 September 2011

Semburan...lagi

Assalamualaikum...

Petang tadi, seluruh kawasan rumah
aku dan jiran2 yang berdekatan
kena sembur...gas
gas untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes
ke untuk menghapuskan nya terus...
aku pun x tahu fungsi sebenar semburan gas tersebut
kerap sangat semburan gas di kawasan aku
tapi selalunya diorang sembur luar rumah jer
dah lama x masuk dalam rumah

Hari ni, semburan hendak dilakukan 
sampai dalam rumah, kelam kabut jadinya
dah la aku sampai rumah dah lewat
pukul 5 lebih, terus masuk bilik air
mana la tau ada orang kesihatan nak buat semburan gas
dari dalam bilik air terdengar suara jiran dok panggil2
"cepat keluar rumah, orang nak sembur gas"
aduhhh..dah la M.Hakim sedang tidur dengan lenanya
puas aku kejutkan dia...

semua barang mesti dikemaskan
bantal2 aku tutup dengan cadar
tuala n pakaian semua masuk almari
terus berlari ke dapur
masukkan semula ikan yang aku dah keluarkan
pucuk ubi pun masuk dalam peti
semuanya nak elak dari terkena gas

Bila orang kesihatan nak masuk rumah
cemas pulak aku rasa
lalu dengan pantas, sempat aku angkut
bekas2 ikan belaan ku ke dalam bilik
takut lak ikan2 tu pening dengan asap gas..hihi
dan yang paling penting
aku sempat cek air dalam bekas bunga keladi
"Ya Allah, ada jentik2 rupanya"
cepat2 aku bawa ke sinki dapur dan buang airnya
"Alhamdulillah, kalau x melayang duit aku kena caj"

Nasib baik la jugak kan
dalam kalut2 tu aku sempat juga
selamatkan diri aku dari di denda
'seekor jentik-jentik, cajnya RM500 tau'
lepas ni aku mesti selalu tengok2kan air
dalam pasu bunga aku...selalunya xde pulak
dalam rumah pulak tu, luar rumah semua oke jer
hehe...nasib baikkk


salam exora...

Ada orang tak makan nasi...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua
dah sarapan ke, saya berpuasa hari ni
baru hari ke 5...harap2 sempat la sebelum syawal berlalu

Uollz pernah dengar tak ada orang yang x suka nasi
mesti pernah kan...walau x suka macamana pun
makan jugak, sesekali ke...kadang2 ke...
pernah la jugak rasa, kan

tapi seseorang yang saya kenal ni
memang x pernah makan dari kecil lagi
masa tu umurnya 8 tahun
pernah mama dia paksa...termuntah-muntah dia
kesian, langsung sampai sekarang umurnya dah 17 tahun
dia masih begitu...pelik tapi benar
dia boleh makan semua benda lain
kecuali nasi...hihi
bulan puasa kena la mamanya masak
jugak menu lain...mee goreng, bihun ke..
apa2 jer la selain nasi

pernah jugak masa naik tingkatan satu
dia dihantar ke asrama
tapi sampai tingkatan 2 jer
sebab masalah makanan la
yer la..kantin asrama kan sediakan nasi
2, 3 kali sehari...boring la dia asyik makan
biskut kering n roti jer

erm...susah jugak sebenarnya
kalau x makan makanan ruji kita ni
yer laa..makanan lain bukannya
sepanjang masa ada kan...
tapi dah selera dia memang tertutup
nak buat macamana...


salam exora...



Tuesday, 20 September 2011

Kisah M.Hakim dan PakLong (episod 2)

Selamat Petang...

petang ni aku nak sambung lagi
sambungan kisah M.Hakim n Pak Long nya
petang semalam
Masa aku tengah menyiapkan
minum petang kat dapur
goreng kerepok lekor n buat
air oren

tiba2 bunyi macam ada kekecohan kat luar
bila aku keluar tanya, diaorang cakap xde apa2
okeylaa..aku ke dapur balik
Dari dapur aku mendengar
kedua2nya sedang bercakap-cakap
tapi kurang jelas...
aku mengintai n curi2 dengar
betul2 buat aku gelihati melihatnya
rupa2nya mereka sedang menyalin
resipi dari tv...hahaha
menunya 'mee goreng udang liyana'
dan 'mee goreng udang cantik'
Pak Long baca..M.Hakim salin
sehati sejiwa betui laa

Lepas tu M.Hakim datang
kat aku sambil berkata
"Mak Long ada tugas ni, nah buat sekarang"
amboi3...demo 2 beranak ni,
bukan main lagi yer...
aku pun jawap
"Mana UDANG nyer, udang besar baru ble buat"
hehe...terus dia berlari bagitau Pak Long
dari dapur kedengaran suara mereka
ketawa .....

Begitulah M.Hakim,
kalau ada Pak Longnye...
seronok jer..aku pun dia x layan sangat
sebab aku rajin bebel kat dia
Pak Long x per, sabar sangat2...


salam exora.....



Monday, 19 September 2011

Kisah M.Hakim dan PakLong

Selamat petang...

Petang ni ada 2 episod cerita
yang bisa mencuit hati
berlaku diantara M.Hakim n Pak Long nya...

Episod 1
Selepas makan tengahari tadi
aku ternampak kotak rokok
kat pintu dapur (pot suami aku perasap nyamuk)
tiba2 suami aku datang untuk meneruskan aktivitinya
aku pun cepat2 ambik rokok tu n bagi kat M.Hakim
M.Hakim pulak dengan pantas bawa keluar n sorok

punya la lama suami aku cari x jugak jumpa
aku pun x tahu dia sorok kat mana...
puas kami tergelak melihat dia mencari
aku bagi amaran supaya jangan bagitau kat mana
tunggu Pak Long pengsan atau pitam dulu
hehe..anak beranak buat naye kat suami
mundar-mandir dia mencari
macam2 M.Hakim kenakan syarat kat dia
termasuklah ajak main Sahibba
x pun kena bagi duit raya lagi sekali
"kalau Pak Long menang, baru Hakim bagi"
gelihati aku menengok gelagat
dan dialog antara mereka berdua

akhirnya, masa aku ke belakang
angkat kain, terdengar suara keriangan suamiku
erm...dah jumpa laa tu
senyum meleret sambil berkata
"Pak Long dah nampak sebenarnya, 
wat2 x nampak"
elllehhh...konon la tu, gelak jer M.Hakim dengar
itu lah kisahnya,
kalau hilang rokok
sanggup mencari berapa lama pun
walaupun macam2 halangan
dengan penuh kesabaran
sampai dia jumpa semula...
dengan pantas terus ke belakang
menghalau nyamuk...

sekian dulu, episod 2 sambung
next en3 la yer...
panjang lak rasanya cerita episod 1 ni


salam exora...

Friday, 16 September 2011

Gara-gara ayam murah...

Assalamualaikum...

Salam sempena Hari Malaysia
semoga cuti yang diberi pada hari ini
dapat dimanfaatkan sebaiknya
disamping itu juga hargailah
jasa pejuang kita yang terdahulu
dan bacalah juga tentang sejarah awal negara kita...

Sempena menyambut Hari Malaysia ni juga
kebanyakan pasaraya buat 'sale' lagi
termasuklah kedai yang aku selalu beli ikan n ayam ni
dalam pemplet yang dihantar ke rumah
15 September 2011...dari 7pm-10pm
ayam RM4.90 1kg, hari biasa pun ayamnya agak murah juga
aku pun teruja la nak pergi cari sekor

petang semalam, lepas meeting
sanggup aku habiskan masa lepak
kat rumah member...sebab nak tunggu
pukul 7pm..hehe, 6.30 aku keluar dari rumah dia
dah dekat nak sampai kedai tu, jam pukul 6.45pm
terasa pulak lapar, so aku n M.Hakim pun singgah
makan jap...kul 7.15 sampai kat kedai
aku tgk tempat ayam tu dh lengang
rupa2nya abang yang potong ayam tu kata
10 minit jer ayam dh habis...Q panjang katanyer

x nak kecewakan hati sendiri
aku pun ambik la beras, RM20.99 10kg
murah la jgk tu...
huhuhu...ayam oh ayam...
pagi ni kena la aku keluar lagi
mencari mu, ikan2 xyah beli
sebab hubby nak bawa dr K.Besut hari ni...

begitu la kesahnya,
geram ada, frust ada n lucu pun ada gak
hahaha...byk masa aku terbuang semalam


salam exora...

 

Wednesday, 14 September 2011

Selamat berjuang...

Assalamualaikum...

Selamat meneruskan perjuangan
kepada semua murid-murid Tahun 6
yang sedang dalam suasana peperiksaan
UPSR...

Perjuangan baru bermula sebenarnya
untuk kalian semua
buat yang terbaik
gunakan segala ilmu yang ada
jawab dengan penuh yakin
InsyaAllah...ada kejayaan
menanti anda semua

Buat guru-guru yang terlibat juga
tahniah, kerana bertungkus lumus
tanpa mengira masa dan tenaga
berkorban sentiasa
demi tugas yang disandang
Hanya Allah yang dapat membalasnya...
yang penting, IKHLAS...


Peperiksaan bermula dari 13 - 15 september
semoga murid semua
memperolehi kejayaan yang cemerlang nanti
disamping cemerlang dengan budi pekerti juga...


Salam exora...


Monday, 12 September 2011

Bersua kembali...

Assalamualaikum...

Selamat berhari raya kepada semua
rakan-rakan blog
ampun dan maaf dipinta
kerana tak sempat nak ucap
'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN'
sebelum 1 syawal hari tu
maklumla bila balik kampung
semua perkara terabai seketika
langsung tak sempat 
nak buka blog mahupun fb
dengan line yg agak teruk
malas nk tunggu lama sangat...
persiapan raya pulak macam2
nak disiapkan...
selepas raya ni pun sama
macam2 kerja nk kena settle
dengan budak2 sek yang
nak ambik upsr laa...
baru petang ni 
berkesempatan...


harap kalian semua
sihat walaufiat n bergembira
berhari raya disamping keluarga tersayang...
mood raya ada lagi kannn..
dengan open house sana sini...
sambil2 tu kesihatan kena jgk jaga yer...
so... makan tu control2 la yer..hehe..saya pun...


salam exora...