*IKLAN DEH!!*

Thursday, 22 September 2011

Semburan...lagi

Assalamualaikum...

Petang tadi, seluruh kawasan rumah
aku dan jiran2 yang berdekatan
kena sembur...gas
gas untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes
ke untuk menghapuskan nya terus...
aku pun x tahu fungsi sebenar semburan gas tersebut
kerap sangat semburan gas di kawasan aku
tapi selalunya diorang sembur luar rumah jer
dah lama x masuk dalam rumah

Hari ni, semburan hendak dilakukan 
sampai dalam rumah, kelam kabut jadinya
dah la aku sampai rumah dah lewat
pukul 5 lebih, terus masuk bilik air
mana la tau ada orang kesihatan nak buat semburan gas
dari dalam bilik air terdengar suara jiran dok panggil2
"cepat keluar rumah, orang nak sembur gas"
aduhhh..dah la M.Hakim sedang tidur dengan lenanya
puas aku kejutkan dia...

semua barang mesti dikemaskan
bantal2 aku tutup dengan cadar
tuala n pakaian semua masuk almari
terus berlari ke dapur
masukkan semula ikan yang aku dah keluarkan
pucuk ubi pun masuk dalam peti
semuanya nak elak dari terkena gas

Bila orang kesihatan nak masuk rumah
cemas pulak aku rasa
lalu dengan pantas, sempat aku angkut
bekas2 ikan belaan ku ke dalam bilik
takut lak ikan2 tu pening dengan asap gas..hihi
dan yang paling penting
aku sempat cek air dalam bekas bunga keladi
"Ya Allah, ada jentik2 rupanya"
cepat2 aku bawa ke sinki dapur dan buang airnya
"Alhamdulillah, kalau x melayang duit aku kena caj"

Nasib baik la jugak kan
dalam kalut2 tu aku sempat juga
selamatkan diri aku dari di denda
'seekor jentik-jentik, cajnya RM500 tau'
lepas ni aku mesti selalu tengok2kan air
dalam pasu bunga aku...selalunya xde pulak
dalam rumah pulak tu, luar rumah semua oke jer
hehe...nasib baikkk


salam exora...

4 comments:

sarah-najwan said...

huhu..kwsn aku ade gak fogging ni...tapi dah lama xde...

kalu ada pasu berair camtu..mu bela ikan la..ikan gapi ke..ikan tu mkn ugat2..heehhee

~ yus ~ said...

tak pernah lagi di kawasan yus ada orang datang sembur.

Oh! satu jentik2 sampai RM500 kena saman ya..huhu. baru tahu.

Tapi rumah yus dalam takde pokok bunga, kat luar pun macam tak hidup je..huhu

exora said...

ina: tu la.. bekas yg ada ikan tu semo xdok ugak2, bekas tu so jah ado..

exora said...

yus : kalau premis spt sekolah..seekor RM500 denda, rumah x tau la sama x..rs2 sm jer kot.