*IKLAN DEH!!*

Friday, 30 September 2011

Berkursus lagi...

Selamat pagi...

Semalam...seharian
dari pagi sampai petang
aku menghadirkan diri berkursus
ke RUMAH PERANGINAN KERAJAAN N9
di daerah yang tersohor dengan pantainya
iaitu PORT DICKSON

Namun ternyata
tempatnya tidak seindah nama
agak suram...terpencil
jauh dari keindahan pantai
lantaran terlindung dek semak samun
dan pepohon yang tidak diurus dengan sewajarnya...



menunggu YB melancarkan gimik perasmian...banyak masa terabai
rumah peranginan...tang mana anginnya???
di dalam dewan kursus
Dewan kursus dari luar...
pantai??? nun....jauh di sana, nampak x? kalu x nampak, P.Ramlee kata...hehe


bagi aku tempat ni
bukan setakat biasa2 jer
tapi terlalu biasa dan mungkin
tidak releven lagi bagi kerajaan negeri
memiliki tempat peranginan seperti ini
kerana di luar sana pihak lain berlumba-lumba
memiliki hotel2, chalet, mahupun homestay
yang jauh lebih menarik dan sesuai
dengan kehendak pengunjung masa kini...

maaf...n3 ini bukan untuk mengutuk
tapi sekadar melahirkan pendapat
aku sebagai pelancong
walaupun sehari jer...
(pelancong ker?, berkursus je pun)


salam exora...

Wednesday, 28 September 2011

Bosannyer.......

Di kala petang yang damai ini
tidak sedamai hati ini
hati yang telah disakiti
dilukai...dan 
dicemari debu2
kemarahan
dek kerana sikap sesetengah insan
 yang sering memberi alasan
dalam setiap apa yang dituntut
yang disuruh
yang dipertanggungjawabkan
sering diabaikan

Lantaran itu...
orang lain yang terpaksa
menanggung segalanya itu
dengan rela mahupun paksa rela
walaupun langsung
tiada perkaitan dengannya
telan ajer...

Hilang segala ketenangan yang ada
hanyut dibawa rasa kecewa
yang amat sangat
hilang jua semangat
untuk meneruskan 
aktiviti rutinku...
huhuhu.....

Semoga Allah mendengar
bisikan dan luahan hatiku ini
kerna, Dia lah yang mengetahui segalanya...
dan terima kasih jua pada insan
yang bergelar 'suami'
kerana kata2mu bisa
mententeramkan jiwaku
walaupun dari kejauhan...

salam exora...

Pic 4

Assalamualaikum...

Jom layan gambar2
tanam2an dipersekitaran rumahku...

dah sebulan aku tidak membeli tomato...


dah hampir tunduk ke bumi...sabar, tunggu hubby balik  yer...
manis airnya...

                                                1st time tanam orkid...alhamdulillah, berbunga jugak...
                                                                

salam exora...

Tuesday, 27 September 2011

Terima kasih...DIANA

Selamat pagi...

Terima kasih DIANA
kerana telah men'review' blog saya
dan juga 'promote' kat entry dia malam tadi

saya mengharapkan DIANA akan
memberi komen yang lebih lagi
almaklum la...antara blog2
yang DIANA review tu
semuanya bagus2...
dari segi isi mahupun
susunaturnya...


Alhamdulillah...
mahu jugak DIANA
meluangkan masa untuk blogger
seperti saya..hehe
tima kasih banyak2


Terima kasih juga pada blogger
yang sudi menjengah
walaupun seketika...
membuatkan saya semakin bersemangat
untuk terus menulis
walaupun sifuku mama SARAHNAJWAN
sudah menghilangkan diri
disaat saya amat memerlukannya...


Thanx a lot...DIANA


salam exora.....
 

Monday, 26 September 2011

EG Tukar...

Selamat petang...

Bulan September ni
sekali lagi online ini dibuka 
untuk guru-guru yang berkeinginan
berpindah samada dalam atau luar negeri
dan antara guru2 itu, aku salah seorangnya...

Sudah lama aku berbakti
di negeri ini
tibalah masa untuk aku
mencari sesuatu yang baru
sesuatu yang mungkin tiada di sini
walaupun 'my boss' asyik memujuk
agar tunggu dulu...
sebab Tahun 2012 sek aku dicalonkan
untuk Sekolah Berprestasi Tinggi
banyak ganjaran yang dapat nanti katanya...

Jika diukur dari selesa
memang aku cukup selesa di sini
bilik, kelas, bangunan yang baru,
rakan2 yang sekepala dan yang paling penting
'boss' yang sangat baik dan faham masalah stafnya
namun itu semua perlu aku tinggalkan
demi 'suami' tercinta

cukuplah setahun setengah kami berjauhan
banyak masa, tenaga dan wang 
yang kami korbankan
selama berjauhan ini...

semoga permohonan ini
dipertimbangkan oleh mereka
yang di atas2 sana...


salam exora...
 

Sunday, 25 September 2011

Stanza Cinta...

Selamat malam...








Uollz layan ke drama STANZA CINTA
saya memang layan cerita ni
tapi dah banyak minggu ketinggalan
baru malam ni dapat tengok semula 
banyak jugak lah kisah2
Amni tu yang saya tercicir...

Bila tengok episod malam ni
sedih sangat...sebab Amni
memang cintakan Taufiq
tapi macamana dia boleh terpisah
dan terima pulak si Irfan
pastu Irfan sakit pulak...


Lagi terharu...
bila si Taufiq muncul semula
untuk melamarnya
lagi kesian tengok dia
maklumlaa CINTA PERTAMA
katakan..hehe

tapi Amni memang seorang
yang bijak...
tau macamana memujuk hatinya sendiri
tau macamana membimbing seseorang
untuk ke arah kebaikan
dia juga seorang muslimah yang tau
batas2 nya...

Semoga Amni kuat...jiwa dan raga
emo sikit, walaupun hanya lakonan...haha

salam exora...

Friday, 23 September 2011

Terima kasih...kenyangnya

Selamat malam...

Raya oh raya
Membuatkan aku sentiasa kekenyangan
ada saja jemputan makan
pagi, petang sampai lah malam
begitulah senario raya di Malaysia kini...

Terima kasih kepada yang sudi mengajak
selagi perut boleh diisi...akan ku isi lagi
maklum la, setiap tempat ada menu yang berlainan
semuanya nak rasa, lagipun
bulan syawal ni orang berebut-rebut nak buat
'open house'...yer laa, orang Malaysia sekarang
ramai yang dah senang lenang
syukurrr.....

Hari ni aku langsung x keluar belanja
pagi tadi jamuan raya Kelas Tahun 1
semua guru dijemput
pastu pukul 2...'open house' syarikat Wanija
memang berbaloi, M.Hakim siap diberi duit raya lagi
agak lumayan jugak la..hihi
malam ni pulak, aku baru balik
dari rumah member..pun 'open house' gak
akhirnya di sini aku jumpa laksa penang
yang ku cari2...sedappp
dan..pagi esok, jamuan lagi...di sekolahku
selepas mesyuarat...


Terima kasih kepada semua
yang sudi menjemput
dan ampun maaf
kepada yang menjemput
tapi tidak berkesempatan 
untuk aku menghadirkan diri
di atas sebab2 yang x dapat dielakkan...


salam exora...