*IKLAN DEH!!*

Saturday, 27 August 2011

ooo...Balik Kampung...

Alhamdulillah...
akhirnya sampai jua di kampung
semalam balik bertolak dari Seremban
jam 3pm dan sampai kampung
pukul 10.30 malam tadi...
nasib baik belum jem teruk lagi
tu pun sebab ikut jalan alternatif
malas nak naik highway
meredah mrr2...mesti jem

dan hari ni memang jem lagi teruk
bila baca kat facebook
macam2 hal di jalan raya
yang diluah oleh rakan2
pengguna jalan raya
sabarlaaa yer, musim perayaan
biasa la tu...


rakan-rakan semua macamana
dah bertolak pulang ke belum
hati-hati d jalan raya
pandu cermat jiwa selamat
semoga selamat sampai

salam exora...


 

Wednesday, 24 August 2011

Pic 3

tanpa sedar...pokok tomato ku dh berbuah rupa-rupanya


dah lama tidak pedulikannya...sjk berpuasa


pokok cili pun...dah berbuah 


huhuhu...matahariku dh kekuningan dedaunnya


semoga masih sempat dipulihkan


dek kerana kesibukan
kesian tanamanku 
tidak cukup penjagaan
dengan rumput yang semakin panjang
dihalaman..hahah
tunggula selepas raya baru okey balik
dah tiada lagi hatiku disini..
dah melayang-layang ke kampung halamanku... 




Tuesday, 23 August 2011

TOLONG REVIEW BLOG SAYA


Salam Diana...

Saya berminat
untuk menyertai
segmen ini

sila beri komen2
yang boleh membantu 
saya tentang dunia blog

sekarang
saya hanya tahu
tulis
baca
komen
dan publish post
hahahhh

tapi selepas Diana
komen nanti
sekiranya
blog saya masih lagi begitu
itu bermakna
saya belum tahu lagi bagaimana
mahu perbetulkannya

insyaAllah
semoga saya lebih maju nanti
dalam dunia ini
seperti Diana n rakan2 yang lain 

dengan itu juga saya mengalu-alukan
3 org folowers saya yasmin,azza n asniza
http://yasminhamid.blogspot.com/
http://azhariahzuber.blogspot.com/
http://blogtidakbernama.blogspot.com/
untuk sama2 menyertai segmen ini


Sekian, salam exora... 

Sunday, 21 August 2011

Mahalnyer...Tapi orang tetap beli

Salam pagi di hujung minggu...

Kalau baca tajuk n3 kat atas tu
Uollz boleh agak tak apa maksudnyer ?
yer laa mahal macam mana pun
orang tetap akan seronok jugak membelinya
setiap kedai yang jual benda tu tetap penuh
dengan orang ramai
tambah2 musim perayaan ni...

Rakan-rakan semua suka emas tak,
suka tak memakainya...
tahap yang macam mana tu
cer citer ckit...hehe
saya suka jgk tapi simple2 jer la
takde la sampai sarat kat leher n lengan tu kan
mcm akak2 n makcik2 kat kelate tu
jangan marah yer org2 kampung ku
bukan nak mengata tau
tapi kalau sarat2 sangat hilang pulak
eksklusifnyer, tak nampak elegen..
hehe...tu pendapat aku laa
 
pagi semalam...dalam dok berkira-kira
nak g shoping, tiba2 dapat mesej adikku yang k 5
mintak temankan dia cari cincin 
nak bertunang bulan Oktober nanti
k laa..aku pun ikut la ke satu daerah d n9 ni
daerah tu tersohor dengan emasnya 
dikatakan agak murah sikit..mungkin sebab
sewa kedai kat situ murah kot...
setiap kedai yang kami masuk tu
penuh orang..bkn tengok2 saja tau
masing2 beli...orang yang bayar sebelum kami tu
RM3k lebih tau kluar dari handbag.....
tu dia...mahal macam mana pun,
mereka tetap simpan duit kan untuk
perhiasan diri yang sangat bernilai tu

aku pun sama...sibuk meneman
alih2 aku pun terjebak sama
tapi barang aku tu tak sampai RM200 pun
murah n kecik jer...
adik aku pun beli la 2 bentuk cincin
masa pukul 1pm kami dah nak balik
lagi ramai yang masuk ke kedai..hehe
itulah senarionya wanita dan emasss....


Selamat meneruskan persiapan hari raya...


salam exora.....








Saturday, 20 August 2011

Jom...shopping

Assalamualaikum...

Bunyi tajuk n3 hari ni
macam la banyak duit sangat
walhal duit bonus yang dapat
minggu lepas tu pun
dah negatif...huhu
apa tak nyer
macam2 pulak yang kena bayar
minggu lepas renew roadtax n insurans
ptg semalam pulak g servis keto
ingatkan dalam RM300++ jer
tapi mencecah RM500 tu
tu pun aku dah pospon satu benda
nak buat next servis
kalu x mahu RM700++
ermm...hampir hilang mood raya tau

apa2 hal pun baju raya n kuih raya
kena jgk beli kan
so hari ni n esok
jom kite meramaikan 
shopping2 kompleks yang ada
habiskan sisa2 kepingan kertas bernombor
yang ada dalam purse tu, hihi...
keletihan la Muhammad Hakim n Paksunya
2 hari ni kena ikut maklongnya shopping...


selamat bercuti d hujung minggu...


salam exora...



Friday, 19 August 2011

Rindu nak buat kuih raya

Salam kemuliaan di pagi Jumaat...

Tetiba jer ada satu perasaan muncul
rindu...rindu nak makan kuih raya
yang dibuat sendiri
rindu suasana semasa membuat kuih raya
terutama gelagat2 mereka yang menolong
hehe...

dah hampir sedekad
aku tidak membuat kuih raya sendiri
(bukan pandai sangat pun )
sekarang ni bila 
tiap kali raya tiba
main tunjuk2 jer kat kedai

dulu2 kalau buat kuih raya
mesti ada jer yg sibuk nak menolong
sape lg klu x adik2 lelaki aku
diaorg ni selalunya tolong
letakkan buah ceri...
letakkan kacang...tukang sapu kuning telur
bahagian2 aksesori kuih
almaklum laa adik-bradik ramai lelaki
yang x tahannya bila buat waktu siang
mula la ada yang x tahan nak buka puasa
hihi...seronoknye masa tu
tapi sekarang semua dh besar panjang
ada yg dah berkeluarga pun...


Biasanya aku akan buat kuih
tart nenas, biskut mazola, dahlia, makmur,
cornflakes madu, sarang semut n biskut kelapa
kuih raya yang dulu2 laa
Sekarang agak sukar bagi aku
meluangkan masa
untuk membuat kuih raya sendiri
tapi paling tidak pun sekarang ni
aku x pernah miss buat kek coklat
nasib baik ramai yang suka makan
jadi ada jugak la air tangan ku di Aidilfitri...


uollz macamana
buat sendiri ker, tempah atau beli jer
kat mana2 tempat yang nampak menarik 
n sedap dimakan...?


Selamat meneruskan ibadah puasa...


Salam exora...







Thursday, 18 August 2011

Kembali ke Rahmatullah...

Assalamualaikum...

Dalam bulan ramadhan ni
kerap pulak mendengar berita
tentang kematian...

Semasa menulis entri
pagi semalam
terdengar lagi pengumuman
dari surau yang berhampiran
dengan rumah ku...
seorang lagi ahli / jiran
satu taman yang telah
kembali ke rahmatullah
awal minggu lepas pun
sama jugak
terdengar pengumuman
di pagi hari sesudah subuh
memaklumkan ada jiran setaman
yang meninggal dunia

semoga roh mereka 
ditempatkan dikalangan
orang2 yang beriman...
Al-fatihah...