*IKLAN DEH!!*

Saturday, 8 October 2011

Setelah lama dipinggirkan...akhirnya

Assalamualaikum...

Setelah bertahun kami dipinggirkan
setelah sekian lama tidak diendahkan
oleh mu wahai kerajaan yang dihormati
oleh mu wahai menteri pendidikan
akhirnya PM, Datuk Seri Najib
selaku menteri kewangan juga
telah menunaikan tanggungjawabnya
untuk memberi kami kegembiraan
yang telah lama dinanti-nantikan

terima kasih PM...
kerana menghargai kami
golongan guru yang sentiasa
bekerja bersama mu
menjalankan setiap misi dan visi mu
mendukung setiap dasar pendidikan
sehingga kadang2 hampir rebah kami
untuk mengejar setiap anjakan,
setiap transformasi
bersilih ganti tanpa henti

dengan memberi pelbagai inisiatif ini
dapatlah dijadikan pemangkin
untuk kami lebih bersemangat
bangkit dari rasa kecewa
untuk memajukan diri
mendidik anak2 bangsa, agar
menjadi manusia yang bertamadun
lantaran itu jua, kami akan tunaikan
setiap perancangan walaupun sukarrr
agar berbaloi dengan apa yang
Datuk seri berikan...


Sejak akhir2 ini sering juga
orang bercerita sana-sini
tentang 'bai'ah'...ganjaran yang
diberikan pada golongan pendidik
tapi berapa kerat saja yang dapat
ramai golongan kami merasa
benar2 dipinggirkan
setiap kali hari guru
menantikan pengumuman
seperti yang digembar-gemburkan
tapi selalu berakhir dengan
kehampaan......


Semoga ganjaran yang diumumkan
pada kali ini juga
dapat dinikmati semua golongan
alhamdulillah, ibu-bapa pun tersenyum lebar
lantaran tidak perlu membayar yuran khas
malah duit belanja pula dihulurkan
1 murid RM100...
warga FELDA pun tidak pernah
Datuk Seri lupakan...

bersyukur lah... 


p/s : pagi esok meeting lagi kat sekolah, itulah kami warga pendidik era kini...tiada lagi istilah kerja 5 hari  
          seminggu...huhu


salam exora...

Friday, 7 October 2011

Mulianya dia...

Selamat petang...

Salam kemuliaan di petang Jumaat
yang sangat mulia ini
sambil2 dengar PM bentang bajet 2012
aku nak cerita sikit
pasal M.Hakim ni...

Tengahari semalam kat sekolah
G.Besar suruh aku lancarkan
tabung untuk derma kepada
rakyat somalia
aku pun memberitahu murid2
dari kelas ke kelas
sesiapa yang sudi menderma
esok bawa duit...


Pagi tadi, semasa hendak ke sekolah
M.Hakim bawa 'purse' ke sekolah
aku tanya dia :

aku : kenapa bawa beg duit?
dia  : dah nak derma nanti.
aku : berapa ringgit bawa? nanti hilang jer...
dia  : RM 11.oo
aku : banyaknya, nak buat apa ?
dia  : Hakim nak derma RM10.00, beli kat kantin RM1.
aku : banyaknya derma...RM2 dah la, RM1 mana cukup
          nak beli makanan.
dia  : x apa laa...hari ni Hakim nak beli nasi lemak jer
aku : x sayang ke nak derma duit raya banyak2 tu?
dia  : sayang...tapi x apa la, Hakim rasa nak bagi jer.
aku : ermm..ye laa, smg Hakim banyak dapat pahala.


Itu lah dia...mulianya hati
anak sedaro sapa la ni..hehe
Mak Long nya pulak yang kedekut
macam2 soalan provokasi
aku nak test jer sebenarnya
nak tahu jawapan dia...

agak berbeza pulak dengan
jawapan dari 2,3 orang guru2
yang aku hulurkan tabung tu
di pagi2 hari Jumaat tadi
ermm...xper la
mungkin aku hulur x kena masa kot...


p/s : semoga bajet hari ini memberi manfaat kepada semua...
 

salam exora...

Thursday, 6 October 2011

Dalam marah...ada rinduuuu

Selamat tengahari...

Uollz sedang buat apa
sedang menjamu selera ker
aku dah kekenyangan ni
baru lepas makan jamuan
perpisahan dengan guru-guru praktikum 

Uollz pernah x bergaduh
bertegang leher atau selisih faham
hingga tidak bertegur sapa
dengan rakan baik...besfren
atau orang yang hampir dengan kita
lama x ambik masa nak baik balik
sehari ? lebih dari 3 hari?
atau selamanya...ataupun tanpa kemaafan???

minggu lepas aku selisih faham
dengan rakan baik aku
'boyfren'... maksud aku kawan lelaki
yang sangat rapat, baik dan
banyak menolong aku
dalam hal2 kerja...hal2 apa saja
termasuk lah sebagai rakan bercerita
pasal drama2 kat tv..hehe
dia ni sporting, semua hal boleh jer
tapi kalau uollz tengok dia...macam x percaya
sebab dia ni ala2 ustaz gitu...

Aku pun x tahu macamana boleh jadi
agak besar, kesnya kecil saja
sepanjang 3 tahun bekerja bersama
tidak pernah aku menghadapi masalah
dengan dia...kalau setakat merajuk bodo2 biasa ler
entah apa yang ada dalam
fikiran dia hari tu...sampai buat keputusan
tidak menepati apa yang sepatutnya
memang aku rasa marah sangat, kecik hati dan geram
tapi bila balik rumah, asyik terpikir-pikir jer
bila dah seharian x bunyi2 dengan dia
dalam marah2 tu...ada rindu sebenarnya 
yer la kita kawan baik kan...x bes la bila jadi macam tu

keesokannya aku tidak jumpa dia
sebab menghadiri kursus sehari
dan malamnya tu dia mesej aku panjang lebar
masa tu malam Jumaat ,aku tengah baca yaasin...
terhenti seketika bila tengok nama dia kat skrin
sedey weiii baca...dia mintak maaf banyak2
menangis aku sambil meneruskan bacaanku

keesokannya bila ke sekolah
aku cuba mengelak untuk berdepan
secara 'live'...malu2 kucing la pulak rasanya
tapi dia ni kalau bab memujuk
memang terbaekk laa
bukan senangkan lelaki nak mintak maaf
lepas tu pujuk dengan cara2nya yang halussss
tapi terkesan di hati
akhirnya membuatkan aku tersenyum jua...
walhal dalam hati memang dah lama
pun memaafkan dia

aku juga bersyukur
kerana sifat dendam tidak pernah wujud
dalam diri ini
walau apa pun yang orang perlakukan
marahku sebentar saja
kemudian ianya akan beransur hilang
mengikut arus masa dan keadaan
apatah lagi jika yang membuat kesilapan itu
rakan yang kita kasihi...


salam exora...

Wednesday, 5 October 2011

Pic 5

Assalamualaikum...

Jom layannnn
cuba teka, apakah aku...

seperti sebiji permata...
 cantik...ulas2nya







 bila jumpa buah ini aku pasti membelinya walaupun kadang2 
mencecah RM5 sebiji...itu pun nasib baik ada tau


ok...dah boleh teka kan
inilah buah kegemaranku
delima...

salam exora...

Tuesday, 4 October 2011

Nak tipu pun...agak2 laa

Assalamualaikum...

Bersiaran di pagi ini
dengan tajuk yang agak
emo sikit yer...x marah pun

sekarang ni aku sedang menyemak
data-data borang bantuan murid (KWAPM)
sepatutnya esok 'due date'
kena hantar ke Pejabat Pelajaran
tapi baru beberapa orang yang
hantar kat aku
demo2 ni memang laa
kalau bagi apa2 borang susah sangat
nak kembalikan semula
kalau x dapat bising
satu kampung dicanang
yang sekolah tidak adil
letih la ngan mentaliti mereka
yang sebegitu...


berbalik pada tajuk di atas
ini pun satu hal yang sangat memeningkan
pendapatan yang diisi
sangat2 tidak masuk akal
7 bulan lepas isi borang yang sama
pendapatannya lain
bulan ini isi lagi untuk Tahun 2012 pulak
sampai RM500 dikurangkan dari yang dulu
semuanya gara2 nak kan bantuan
mintak slip gaji x pulak dilayannya
belum lagi cerita yang tulis
pendapatan RM300 sebulan tu
tapi astro mencanak pasang kat bumbung
susahnya menilai manusia kan

untuk bantuan ini
mahupun untuk yang bantuan makan free tu (RMT)
semua aspek kena nilai tau
kalau nampak rumah macam buruk jer
tapi keretanya handal
pun x boleh jugak...
jadi masing2 kena ikhlas laa
kalau dah rasa x layak bantuan tu
usahla memeningkan kepala aku ni
hahaha...
fening2..x bagi kan kesian
kalau bagi, kita pulak yang disalahkan
sebab maklumat diberi tidak tepat
kalau nak ikut betul2
anak2 yatim tu jer aku bagi kan...

salam exora...

Monday, 3 October 2011

Terkenang...kembali terjalin

Selamat petang semua...

Pada suatu petang
dalam kereta aku terdengar
lagu 'kembali terjalin- Slam'
langsung fikiran aku terus
terkenang-kenang zaman
berada di MPSAH (maktab guru kat Sg.Petani)
masa tu lagu ni dan 'tak mungkin berpaling'
memang tengah berhantu
dan aku pun suka sangat2 dengar lagu2 ni...

perkara pertama aku terkenang
buah mangga yang ada 
di sekeliling maktab
memang jadi makanan kami
kerja dok menjolok mangga jer
dan aku lah tukang menjeruknya
walaupun buat sempoi2 jer
selalu berlaku ketidakcukupan..

seronoknya masa tu
tinggal kat Sg.Petani (lebih dikenali SP jer)
dah dekat2 dengan Penang la kiranya
apa lagi bila hari minggu
mula la merayau ke Butterworth...
naik feri untuk ke seberang sana
bestnya rasa..rindu ngan feri ni
sebab ferinya 'open air'
x sama ngan feri g langkawi
masa tu 40sen jer tambangnya...
sekarang x tau la berapa


teringat jugak pasal laksa kedah
depan rumah sewa aku
makcik tu jual 50sen jer sebungkus
pastu beli ABC sekali, pun 50sen jgk
huhu...sedapnya
tapi selalunya laksa tu aku beli RM1
sebab x cukup..hihi

Satu perkara juga 
yang aku x dapat lupa pasal SP 
stesen basnya...haha
kalau nak g mana2 mesti
kalut cari bas, diorang
parking x ikut tempat, sesak n padat
pandai2 kita la mencarinya
kadang2 kita dok tunggu...
bas tu lalu jer n terus pergi
x tau dari mana datangnyer
mula2 pening la jugak
lama2 'alah bisa tegal biasa'

Dalam aku dok terkenang-kenang tu
tiba2 muncul kawan lelaki aku masa
kat maktab dulu di FB
dia ni memang orang Kedah pun (Kulim)
rupa2nya dia mengajar kat SP sekarang
katanya dah banyak perubahan
makin membangun...
kedai2 makan depan maktab
yang menjadi feberet kitaorg dulu2
ada lagi katanya...

berkali-kali dia
mengajak aku melawat SP
membuatkan aku makin x sabar
menunggu cuti bulan Disember...hehe
itupun kalau suami bersetuju 

misi untuk round2 di negeri2 utara
tanah air, tapi kat Penang
aku xdok member baik sangat
xle la nak lepak2..sembang2
Kedah, Perlis dan Perak
ramai rakan2 baik ku...
semoga ada ruang untuk kita
berjumpa lagi


salam exora...

Hujung minggu...sibuk jer

Assalamualaikum...

Uollz tengah buat apa tu
dah diulit mimpi ker
atau masih lagi menguruskan
hal2 rumah tangga
yang x pernah ada penghujungnya

hujung minggu cuti
ingat boleh la relax, santai2 jer
kat rumah
sambil melayan blog n fb
tapi sibuk jugak rupanya
kekadang buat2 sibuk pun ada
hihi.....

pagi sabtu hujan
basuh baju sekolah dan baju sukan M.Hakim (manual tu)
nak buat sarapan, minyak masak kehabisan rupanya
malas nak keluar, makan jer apa ada...huhu
petang keluar jalan2 cari netbook
dh lama nk beli tapi x beli2 lagi
akhirnya aku dah berjaya memilikinya
maghrib sampai rumah
lepas solat isya' terus ke rumah sebelah
ada tahlil...anak makcik sebelah
yang menetap kat London, meninggal di sana
2 minggu lepas.........

pagi ahad...
jahit manik kat lengan baju raya
patutnya pakai raya ke 3 
masa bertandang ke rumah mertua
tapi x siap2 jahit manik sampai hari ni
baru sebelah siap
lepas tu bfast kat kedai sebab nak makan roti canai 
terus ke econsave
cari barang keperluan dapur
sempat aku sambar sepasang baju
kat PEACE...'offer' murah jer
RM59 hinggit tapi cantekk
dimata aku la...

balik rumah terus masak
lepas makan...gosok baju2 Hakim dan aku
untuk 3 hari jer dulu, penat
petang layan cerita rock kt tv3
sambil2 menampal bunga2an
di dinding ruang tamu ku
hahaha..M.Hakim komplen
dah jadi macam tadika la pulak, katanya
dah maghrib baru basuh baju2 aku pulak
malam...layan Amni
lepas tu buka laptop siapkan senarai nama
murid2 yang layak bantuan KWAPM
dan akhirnya... barulah aku berpeluang
melayan fb dan buat n3 ni

ermmm...sibuknyer
sampai x sempat nak menjenguk
pokok2 matahari yang baru ditanam
nak baring2 depan tv pun x dan
cepat sangat2 masa berlalu
sori la yer
merepek jer aku menulis hari ni...


salam exora...