Salam di hujung minggu...
aku benar-benar tidak menyangka
bahawa pokok2 pisang ku yang
telah berbuah
kesemuanya 3 pokok
buah2nya menjulur keluar
dengan cantik...
dan kesemuanya itu sudah tua
hampir2 masak
rupa-rupanya ramai yang
terliur melihatnya
dan teringin untuk memakannya
maka dengan itu
terjadilah 2 kisah yang menarik...
kisah pertama: petang 6/10/11
balik dari sekolah
makcik jiran sebelah kiri memanggil
nama ku berkali-kali
makcik : pisang kat belakang tu dah masak,
taknak ke?
aku : nak...tapi saya malas nak tebang,
tggu suami datang.
makcik : jual kat makcik la yer, sedara makcik
nak, anak2 makcik pun semua suka
pisang ni, nanti makcik suruh anak makcik
tebangkan.
aku : yer la...
maka pisang itupun ditebang lah, hanya 1/4 sahaja
aku ambil, selebihnya makcik tu ambil
xdelah aku mengambil duit pun...
aku menanam hanya kerana hobi
bukan untuk dijual
 |
| tandan pertama...ditebang oleh si bujang jiran sebelah | | | | | | | | | | | | |
tandan kedua : ditebang oleh cina yang repair tangki air
kisah kedua : petang 8/10/11
semasa sedang minum petang
dengan kawan aku n suaminya dan adik bujang aku
tiba2 uncle San (cina) datang rumah
nak repair tangki air aku yg asyik keluar air saja
aku suruh dia masuk ikut pintu belakang
tiba2...dengan girang dia berkata
uncle San : haiyaa cikgu, pisang u manyak cantik rr,
panjang, sudah masak laa.
aku : yer ke, belum masak la..
tunggu suami saya datang dulu.
uncle San : sudahla...itu burung sdh makan, u tengok2,
xpa nanti saya kasi tolong u tebang...
aku : ok laa...nanti ambik la ckit kalau u nak.
maka dengan itu juga tertebanglah pokok pisang
yang kedua...
kawan aku sound, katanya cina tu ambik banyak
dah kau suruh amek sendiri memang laa
ermmm...xper lah
rezki dikongsi
dan untuk tandan yang ketiga
masih lagi utuh dipokok
agak2nya rezeki siapalah
pulak kali ini yer...
salam exora...