*IKLAN DEH!!*

Wednesday, 2 November 2011

**WW** Bila dia sudah letih...

inilah gaya dia masa balik sekolah
masa kat sekolah main x ingat letih...
macam2 aksi tidurnya...

salam exora...

Tuesday, 1 November 2011

Bulan Bahasa & Hari Kanak-kanak

Selamat pagi...

Bulan Oktober merupakan
bulan bahasa dan juga bulan
untuk sambutan hari kanak-kanak

sekolah aku telah menyambut
kedua-dua ini secara serentak
pada 27 Oktober 2012 yg lepas
jom layan adik2 comel 
meraikan hari mereka...
untuk program bulan bahasa
aku tidak sempat merakamkan gambarnya
kerana aku diberi tugas pok-pek2
iaitu mengacarakan majlis...

sejibik macam Najwa Latif...miming jer pun
trio- Ning Dalila, Syazwana Hamzah dan Jaclyn Shazlin menyampaikan lagu Seribu sesalan
model2 cilik...memperagakan pelbagai fesyen
2 jenis tarian dipersembahkan
tu dia..kemuncak persembahan, 2 pasangan pengantin murid Tahun 1...malu2 kucing gitu
inilah orang yang bertanggungjawab melatih murid2 ini...kawan baik aku, ustazah tu..heheh


Aktiviti untuk bulan bahasa ialah
pertandingan bercerita, mengarang dan berpidato...


salam exora...:)

Monday, 31 October 2011

Rimas yang teramat...

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku agak terbatas
untuk meneruskan minatku
bercucuk tanam di sekeliling rumah
rindunya hati ini
untuk melihat dan membelai
pokok2 matahari ku 
yang sudah pun tumbuh dengan subur
namun apakan daya
disebabkan faktor yang remeh
tapi agak munasabah...

kisahnya begini...
si bujang terlajak
jiran sebelah kanan rumah aku
yang kerjanya asyik berlegar-legar
di halaman rumahnya
membelek bunga2 ibunya
tidak mengira waktu
sampai aku pun naik rimas
pantang aku keluar dia menegur
dia memang peramah
tapi aku kurang selesa
sebab suami aku tiada bersama
jadi tidak betah rasanya untuk aku
selalu sangat berbual-bual dengan dia
walaupun niat dia baik sebenarnya
kalau anak2 akak sebelah kiri ni
aku x kesah sbb dah lama kenal

Dulu2 si abang tu jer ada kat rumah
aku x segan sangat sbb abang dia pendiam
dia buat kerja dia jer
tapi si adik ni rasa2nya sebaya dengan aku
sebelum puasa hari tu lagi ada kat rumah
dah x kerja ker...hari tu tanya
dia kata cuti panjang sempena puasa n raya
tapi sekarang dah lama lepas raya
aduhhhhh...rimas aku weiii
dah la 2 hari ni aku dok kat rumah jer
malas nak kemana-mana
ingat boleh la cabut2 rumput ke
ermmmm.....boring pulak rasanya

aku bukan apa
dia ni terlebih baik sebenarnya
pernah masa aku bersihkan belakang rumah
dia siap tanya, "nak saya tolong ke?"
alahai...baik sungguh dia
sebab tu masa mak dia suruh tebang pisang
rumah aku hari tu...habis dikemasnya
pokok2 keliling tu
naik rimas aku melihat kerajinannya
yer la..kalau aku ni bujang xper la kan...
dah la dia ni jenis lelaki
yang 'metroseksual', dengan rambutnya
yang perang keperangan
maklum la sebelum ni dia kerja
kat Astro katanya...

aku harap sangat2
cepat2 la dia balik ke Astronya tu
boleh la aku bebas kembali
di halaman sendiri...


p/s : mintak maaf la yer...n3 aku hari ni mengumpat orang pulak yer..heheh

salam exora...

Friday, 28 October 2011

Patut la ramai orang...

Selamat petang...

Sudah seminggu M.Hakim
tiba2 jer cakap nak makan roti jala
aku cakap kat stadium jer ada
nanti balik sekolah kita singgah beli
tapi dek kerana banyak benda nak fikir
langsung aku terlupa
hari Ahad lepas aku cuba cari kat pasar malam
tapi xder...nak kena pergi stadium jgk la

petang semalam aku pun pergi la
ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
suspen...ramainya orang, ada apa pulak ni
rupa-rupanya ada pesta jualan
sempena final malam esok...
terlupa betul aku
x pasal2 cari sesak kat sana
kegemaran M.Hakim, roti jala n kuah kari ayam RM2 saja
masih lagi 3biji RM1, besar n sedap
Tahun lepas masa tengah minum2
ngan member kat kedai roti jala tu
tiba2 sebuah kereta BMW putih berhenti
sambil lambai2 tangannya 
ohhh...pasangan kembar pemain N9
si Aidil dan Zaquan...hensem tu
seronok aku hari tu..hihi
x sangka dpt tengok Aidil secara live


org belum ramai sbb masa ni baru pukul 3pm...klu lps waktu ofis ramai yg lepak cni
si baju biru tuan kedai suspens aku amek pic dia...sbb aku snap dr dlm kete jer

p/s : gud luck utk N9 n Terengganu...dua2 aku support sbb n9 tempat aku mencari rezeki
       n Terengganu pula tanah kelahiran suami ku...wpun kedua2nya musuh ketat TRW..hahaha

salam exora...

Thursday, 27 October 2011

~ HARTA ~

perhiasan wanita...memakainya biarlah berpada
teringinkah anda untuk hidup semewah ini...?
Harta jika diletakkan sebagai alat
ia akan menyelamat...
tetapi jika ia menjadi matlamat
ia akan membawa mudarat...
justeru
letakkan harta ditangan
supaya ia mudah dibelanjakan
ke jalan Allah...
jangan letak dalam hati
sehingga menimbulkan tamak dan zalim
lalu menimbulkan musibah... 
mandi pun bergemerlapan dengan emas...adakah airnya dari emas yg dicairkan...hehheh
ingin memiliki rumah sebesar rumah celine dion ? Pasti kematian sangat ditakuti...
sumber petikan : solusi edisi 37
sumber gambar : en.google

salam exora...

Monday, 24 October 2011

Duka seorang sahabat...

Assalamualaikum...

Sehari dua ini
aku agak tidak tenteram sebenarnya
bila mengingatkan seorang sahabat
yang dalam kesakitan
kedukaan, kesusahan dan kerisauan
Dia adalah rakan sekerja ku
tapi sekarang dalam tempoh cuti bersalin
kalau ikutkan 27.10.11 nanti
dia dah mula kembali bekerja
tapi dengan keadaan yang dialaminya sekarang
tidak dapat ku pastikan kehadirannya

kisahnya bermula bila minggu lepas
pada hari rabu...19.10.11
aku masih berkursus
dan aku tumpangkan M.Hakim
kat rumahnya sepetang
tiba2 lebih kurang pukul 4pm
dia mesej aku
"mu dah balik lum, aku kat spital ni, tiba2 sakit dada dan
 sesak nafas, rasa mcm nak mati wei, sakitnya..
 anak2 n Hakim aku tinggal mah jiran sebelah,
 kalau mu dah sampai, tggu aku kt umah yer"
terkedu aku seketika membaca msg itu
lantas semakin laju aku menuju kerumahnya
 
bermula dari hari itu
dia sentiasa dalam keadaan kurang sihat
dan Dr. kata tiada apa2 yg serius
aku nasihatkan dia balik kampung
boleh rehat banyak2 n baby ada yg tengokkan
hari Jumaat, dia pun balik kampung
dan petang tadi
aku terima panggilan dari dia
mengatakan dia ke klinik lagi
masih belum sihat
dan Dr. mengesahkan dia ada jangkitan
di hati...hatinya menjadi tebal
ususnya juga bermasalah
aahh...kesiannya dia
patut la sakit dadanya berterusan
merebak pula ke perut sakitnya

aku mendoakan kesejahteraannya
agar cepat sembuh
untuk kembali menunaikan tanggungjawab
sebagai isteri dan ibu kpd 4 orang anak lelaki
dan sebagai seorang guru
yang sangat berdedikasi
juga sebagai seorang sahabat
yang banyak membantu
dalam senang dan susah
aku tahu dia kuat
kuat semangat dalam menghadapi 
apa saja liku2 dalam kehidupannya
dulu, kini dan selamanya
aamiiinn...


salam exora...