*IKLAN DEH!!*

Monday, 31 October 2011

Rimas yang teramat...

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku agak terbatas
untuk meneruskan minatku
bercucuk tanam di sekeliling rumah
rindunya hati ini
untuk melihat dan membelai
pokok2 matahari ku 
yang sudah pun tumbuh dengan subur
namun apakan daya
disebabkan faktor yang remeh
tapi agak munasabah...

kisahnya begini...
si bujang terlajak
jiran sebelah kanan rumah aku
yang kerjanya asyik berlegar-legar
di halaman rumahnya
membelek bunga2 ibunya
tidak mengira waktu
sampai aku pun naik rimas
pantang aku keluar dia menegur
dia memang peramah
tapi aku kurang selesa
sebab suami aku tiada bersama
jadi tidak betah rasanya untuk aku
selalu sangat berbual-bual dengan dia
walaupun niat dia baik sebenarnya
kalau anak2 akak sebelah kiri ni
aku x kesah sbb dah lama kenal

Dulu2 si abang tu jer ada kat rumah
aku x segan sangat sbb abang dia pendiam
dia buat kerja dia jer
tapi si adik ni rasa2nya sebaya dengan aku
sebelum puasa hari tu lagi ada kat rumah
dah x kerja ker...hari tu tanya
dia kata cuti panjang sempena puasa n raya
tapi sekarang dah lama lepas raya
aduhhhhh...rimas aku weiii
dah la 2 hari ni aku dok kat rumah jer
malas nak kemana-mana
ingat boleh la cabut2 rumput ke
ermmmm.....boring pulak rasanya

aku bukan apa
dia ni terlebih baik sebenarnya
pernah masa aku bersihkan belakang rumah
dia siap tanya, "nak saya tolong ke?"
alahai...baik sungguh dia
sebab tu masa mak dia suruh tebang pisang
rumah aku hari tu...habis dikemasnya
pokok2 keliling tu
naik rimas aku melihat kerajinannya
yer la..kalau aku ni bujang xper la kan...
dah la dia ni jenis lelaki
yang 'metroseksual', dengan rambutnya
yang perang keperangan
maklum la sebelum ni dia kerja
kat Astro katanya...

aku harap sangat2
cepat2 la dia balik ke Astronya tu
boleh la aku bebas kembali
di halaman sendiri...


p/s : mintak maaf la yer...n3 aku hari ni mengumpat orang pulak yer..heheh

salam exora...

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Amboiiii ... baikn ya dia. Takkan nak mengorat pulak, kot! ;-)

Kak Amy said...

alahai kesianya dia , hai la jejaka yang rajin tu cepat la kau berada dari situ sian cik kak kita nie hehe...

sarah-najwan said...

jgn layan sgt mok cik wey..bahaya sb bole undang fitnah mata2 yg melihat..

elakkan dr bersembang ngan dia..jika mu kuar dan dia mcm gaya nk sembang..mu msuk ajo rumah..xdok rugi apa2..lama2 nati dia fhm la..

baik mu layan fb atau chatting byk2 ngan aku..bykkk fekdahnya..ehekss...

Ujie Othman said...

kena tukar hobi la nampaknya..gi beli novel best2..layan novel.

wahida said...

ish...kalau saya pun dah rasa kurang selesa mcm tu...huhu...

exora said...

kakcik :
mungkin x kot kakcik, sbb dia ni baik ngan hubby saya...tp terlebih baik

exora said...

hi amy :
dah sihat ker...
harap2 jgn la dia dah berhenti kerja plk, fulltime la dia dok belek halamannya...ngalahkan mak n adik pompuan dia tau..

exora said...

ina :
xdok aku laye mn doh loni...
tu la klu laki aku ada dia gemar melayan mamat ni, mcm2 dia sembang...
sampai aku slalu panggil wat2 ada hal...

exora said...

ujie :
saya meme kaki novel pun...
tp x tau la sejak 2 menjak ni hilang mood nk membaca, x kushuk baca...
lebih dr 5 novel terkumpul yg saya belum bc2 lagi...

wahida :
meme x selesa sgt2...
siang mlm lepak tepi rumah jer,
meme la dia ni rajin, mcm2 landskap dia wat kt umah dia...

exora said...

diana :
betul..
kdg2 bila dia tegur rs mcm
x nk jwb jer, tp mcm dia ikhlas plk.