*IKLAN DEH!!*

Wednesday, 19 October 2011

Maaf...memang tak kenal

Assalamualaikum...

apa khabar rakan-rakan blogger
yang dikasihi
semoga berada dalam keadaan yang
baik2 saja yer
sudah 3 hari aku tidak berkesempatan
untuk melayari dunia di alam maya ini
tidak sempat hendak mencoret
tidak sempat juga untuk membaca
coretan2 kalian
lantaran terpaksa menghadiri
kursus KSSR MATEMATIK
selama seminggu
arghhh...boring sungguh rasanya
tempat yang dipilih itu 
tidak mempunyai rangkaian telekomunikasi
yang baik...line telefon susah sangat
apatah lagi untuk mencucuk broadband
sungguh membosankan...
tambahan pula terpaksa berulang-alik
dari rumah sejauh 70km sehala
kerana tiada penginapan disediakan...

Namun...dalam kebosanan itu
ada juga terselit kebaikan
bila ada seorang peserta dengan penuh keramahan
datang menegur aku
tapi aku langsung tidak mengenalinya
berkali-kali dia bertanya...akhirnya
dia memperkenalkan dirinya
oohhh...maafkan aku kerana langsung
tidak mengenalinya, lain benar rupamu kini
setelah 14 tahun kami terpisah
setelah tamat latihan di MPSAH dulu
berjumpa semula di tempat kursus ini
sungguh tidak terjangka...
selalunya aku jarang lupa wajah kawan
walaupun rakan di sekolah rendah dulu
masih lagi boleh ingat iras2 wajahnya
tapi dia ni aku x dapat ingat langsung
tapi bila diberitahu nama dan katanya
sekelas semasa di maktab
baru aku dapat mengingatinya

maafkan lah aku kawan
di atas ketidaksengajaan ini
untuk tidak mengenalimu
sesungguhnya... aku hanyalah insan biasa
dan tidak terdetik langsung 
untuk berlagak sombong...
dengan sesiapa sahaja
apatah lagi dengan insan yang pernah
aku kenal...seperti mu


salam exora...




 

14 comments:

Kakcik Seroja said...

Selepas 14 tahun, pastinya ada perubahan menyebabkan sukar untuk orang lain perasan, kan? :)

Unknown said...

mesti ada perubahan yg sangat ketara tu sampai akak tak kenal...

yus pun pernah jumpa perubahan seorang kawan yg ketara, jumpa di fb, tgk nama kenal, tp tgk rupa mcm tak percaya itu dia..:)

Hanis Azla said...

saya pun selalu rasa bersalah bila tak dapat nak kenal seseorang yg nampak cukup mengingati kita.. mmg bukannya kita lupa tp mmg betul2 tak cam kan.. harap2 mereka tidak terasa.. jauh tu 70km untuk berulang alik..

Ujie Othman said...

ada org sama je rupa dia walau dh lama tak jumpa..tp yg ada mmg lain benor.

CIK TOM said...

normal tue akak..14 tahun xjupe..mesti byk yg berubah..

sarah-najwan said...

seb baik muka aku yg cun ni mu igt..hahahahahhaha

wahida said...

saya pulak kalau nak cam muka boleh lagi, tapi nak ingat nama punyalah susah...huhu...

Solihin Zubir said...

woah.. jejak kasih..
bagusnya dia, masih cam lagi muka walau 14tahun tak jumpa..

kelmarin sy jumpa kwn sy yg dh 5tahun tak jumpa pun sy dh terpinga2 bila dia mula tegur sy.. haha.. sbb dia makin tembam.. dulu dia kurus gila..

azhariahzuber said...

hjg tahun mcm2 kursus nak kena attend. dah la time ni sibuk ye dak

exora said...

kakcik :
betul tu,dengan jumlah peserta yg ramai lagi la saya x pandang sangat mereka yg kurang dikenali.

yus :
mugkin sbb raut wajahnya yg semakin tirus kot...dari dlu dia meme kurus pun, tp kali ni lg kurus.

hanis :
meme jauh pun...smpai rmh dah keletihan, malas nak buka laptop dh.

exora said...

ujie :
tu la sy ni jrg x kenal org..selalunya boleh ingat.

cik tom :
hrp2 dia x kecil hati laa...

ina :
mu tu sm jer jak kecik x berubah doh...maintain jah x gemuk2..hahahah

exora said...

wahida :
selalunya mcm tu..tp kali ni bila dia bgtau nama baru akak ingat dia

SZ :
tu la nasib baik dia tegur dulu...
walhal dah selisih 2,3 kali kt tmpt makan pun sy wat derkk jer..hehe,
yer la x kenal kan

azza :
betul laa, dh la kerje kt sek byk..mcm2 ksus pulak.

Lydia Miza said...

salam..mungkin wajahnya terlalu berubah

exora said...

LM :
Mula2 tgk meme x cam
tp bila dah tengok betul2
masih lagi ada cikit2 irasnya
cuma sbb minda langsung x pkr dia akan ada d situ sbnrnya...