*IKLAN DEH!!*

Thursday, 22 December 2011

Batik Sutera lagi...

sutera 1
sutera 2..sama plk nampak ngan yg diatas
sutera 3

Wednesday, 14 December 2011

WW - ETOK

sangat popular di Kelantan - kegemaran ramai
terdapat di sungai-sungai - tidak semua sungai ada tau...
walaupun rupa mu buruk, bau mu kurang menyenangkan tetapi rasamu tetap menjadi pujaanku...

Tuesday, 6 December 2011

Buah apa ?

Assalamualaikum...

Uollz pernah jumpa x buah ni
aku pun baru 1st time tengok
selalunya buat ulam bunga dia jer
x tahu pulak ada buah macam gini
pokok ni ada kat belakang rumah my family..
jom pakat2 teka...
Mama sarahnajwan hanya dibenarkan komen
tapi tidak dibenarkan menjawabnya...hahaha

Selamat menjawab...

salam exora.....

Friday, 2 December 2011

Penutup tirai 2011...

Assalamualaikum...

Berakhir sudah sesi persekolahan 2011
untuk p&p (pengajaran n pembelajaran) laa
tapi ada lagi tugas besar yang belum settle
kena isi online data KSSR murid2 Tahun 1 2011
aduhhhh.....lecehnya kena isi dari bulan Jan-Nov tu
dari hari ke hari aku menangguhnya
x lalu nak tgk borang2 tu..huhu
apa2 hal pun meh layan gambar 
sesi penutup tirai persekolahan 2011...
x ramai geng...sekolah dah besar tapi murid2nya x ramai..hehe
selepas majlis minum petang warga SKUB di Hotel Royal Bintang...byk2  lokasi menarik, kat sini jgk depa nak bergambar



Semoga tirai 2012 membuatkan aku lebih semangat
untuk ke sekolah
walaupun terpaksa PJJ lagi ngan suami ku..huhu


salam exora...

Thursday, 1 December 2011

Ketupat Sotong versi Ibu Mertuaku

Assalamualaikum...

Uollz pernah makan ketupat sotong x?
Biasanya makanan ni agak terkenal
di negeri2 Pantai Timur ni
antara makanan peberetku yg ssh nak dapat d perantauan
minggu lepas mak mertua masak ketupat sotong
jom layan gambar ni...
mak mertua tidak bubuh nisse...kehabisan stok
sedap rasanya...lemak2 manis, tapi xle mkn byk dalam satu masa...aku laa
Bahan2nya :
Beberapa ekor sotong segar
beras pulut
santan, gula/gula melaka(nisse-oghe kelatan sebut)
sedikit halia n garam
lidi sate

Cara membuatnya :
rendamkan beras pulut dengan santan (lebih krg 30minit)
masukkan pulut ke dalam badan sotong (isi padat2)
masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi
setelah siap masukkan kedalam periuk
masukkan santan, halia, garam dan gula/gula melaka
panaskan sehingga mendidih 
agak2 masanya sehingga pulut dalam sotong masak
kalau lama sangat sotong akan menjadi keras...

selamat mencuba............


salam exora...

Wednesday, 30 November 2011

Yang diidamkan...

laksa yang halus...bukan laksa dalam plastik (kena rebus)
kuah laksa kelantan
3 hari berturut-turut
aku makan laksa ni
hari pertama aku kat rumah mertua lagi
bapa mertua sudah membelinya
teringat yang menantunya sibuk tanya pasal laksa
sejak balik raya haji lagi
tapi masa tu belum ada orang jual sebab sibuk beraya...

salam exora...

Wednesday, 23 November 2011

Jadual ku sudah berubah...

Assalamualaikum...

Apa kabar rakan2 blogger
semoga sihat selalu
disamping meneruskan rutin seharian...

Alhamdulillah...
Aku sekarang sedang bercuti panjang
cuti dari segala permasalahan di sekolah
bebas dari menjadi sorang guru, kerani, doktor,
polis, lawyer dan segalanya (termasuklah peniaga)...hehe
kerja ku sekarang tukang masak n tukang makan
semoga aku aman damai di sini
tanpa sebarang panggilan telefon dari sekolah mahupun PPD

sekarang aku agak dekat dengan suami
baru menjadi surirumah sepenuh masa
itupun bukan yang real lagi
sebab mertuaku banyak main peranan
terutama di dapur
tapi seawal jam 6.45am pagi aku dah ke dapur
untuk sediakan sarapan yang ringkas buat suami
pukul 7.30am dia dah ke tempat kerja
untuk sarapan keluarga
mertuaku selalunya beli di kedai
hari2 aku dihidangkan dengan sarapan yang sedap
nasi berlauk gulai ikan tongkol peberetku
dan juga nasi kerabu
hari ini ibu mertuaku sediakan nasi kerabu sendiri
aku pun bantu jugak la mana yang patut
perghhh..sedapnya

begitulah aku kalau sudah cuti sekolah
makan jer kerjaku
tambah pulak sekarang musim bah sudah tiba
x dapat nak berjalan-jalan
makan tidur jer la

weekend ni insyaAllah balik rumah my mom pulak
kat sana nanti lain pulak jadual ku
tapi bab makan sama jugak
ada jer makanan kat dapur tu
kesian my mom...
aku dah terpaksa bahagi masa cuti sekarang ni
kalau dulu2 sepenuh masa aku bersama beliau...

walaupun aku sudah banyak masa free
tapi jarang jgk dapat berblog
sebab masa banyak habis untuk bersembang
dengan keluarga, suami ...
insyaAllah aku akan cuba jgk untuk luangkan masa
baca n3 uollz...rindu sebenarnya


salam exora...