*IKLAN DEH!!*

Friday 23 September 2011

Terima kasih...kenyangnya

Selamat malam...

Raya oh raya
Membuatkan aku sentiasa kekenyangan
ada saja jemputan makan
pagi, petang sampai lah malam
begitulah senario raya di Malaysia kini...

Terima kasih kepada yang sudi mengajak
selagi perut boleh diisi...akan ku isi lagi
maklum la, setiap tempat ada menu yang berlainan
semuanya nak rasa, lagipun
bulan syawal ni orang berebut-rebut nak buat
'open house'...yer laa, orang Malaysia sekarang
ramai yang dah senang lenang
syukurrr.....

Hari ni aku langsung x keluar belanja
pagi tadi jamuan raya Kelas Tahun 1
semua guru dijemput
pastu pukul 2...'open house' syarikat Wanija
memang berbaloi, M.Hakim siap diberi duit raya lagi
agak lumayan jugak la..hihi
malam ni pulak, aku baru balik
dari rumah member..pun 'open house' gak
akhirnya di sini aku jumpa laksa penang
yang ku cari2...sedappp
dan..pagi esok, jamuan lagi...di sekolahku
selepas mesyuarat...


Terima kasih kepada semua
yang sudi menjemput
dan ampun maaf
kepada yang menjemput
tapi tidak berkesempatan 
untuk aku menghadirkan diri
di atas sebab2 yang x dapat dielakkan...


salam exora...

4 comments:

sarah-najwan said...

aku pom..tapi hak frust..mulut aku msih payau..huhu..

exora said...

NA : kalu mulut payau meme laa, make gpo pun xsdp weiii...

Solihin Zubir said...

dekat2 nk abis syawal ni pun masih rmai yg wat open house kan.. hehe..

exora said...

solihin : btul tu...silap hb dh hbs syawal pun ada lg tu..hihi