*IKLAN DEH!!*

Saturday 2 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan

Salam semua...

   Hari ini Sabtu bersamaan 2 Julai 2011 merupakan hari persekolahan bagi semua sekolah-sekolah di Malaysia. Ini kerana program 1 murid 1 sukan telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin sekitar jam 7.30 pagi tadi...

Acara larian ini diadakan serentak di seluruh negara. Dengan itu juga setiap sekolah diminta merangka beberapa aktiviti untuk diadakan pada hari ini selain dari aktiviti larian...

Disebalik program ini ada terselit hikmahnyer...antaranyer ialah dapat la jugak guru-guru yang dah lama tidak menyertai aktiviti padang pun turut serta, termasuklah puan ustazah saya...hahaha..main bola jaring lagi..

Saya pun sama gak...dh bertahun tidak menyarung kasut sukan, tapi hari ini dengan penuh semangat menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan...santainyer rasa...tiba-tiba lak rasa macam program 1 Guru 1 Sukan..haha, berebut pulak nak jadi 'WD' ngan murid.

Ada yang lebih menarik lagi...maklumla masing2 dah lama tidak bersukan, ramai pulak yang kasutnyer sampai terkopek..hahaha..siap bagitau guru besar tu suruh tengok kasut kitaorg yang terkopek...kawan...kawan...

Apa-apa pun teruskan bersukan kepada semua... x kisah la sukan outdoor or indoor...
Badan sihat dan cergas minda cerdas...

Salam dari exora73...
 

2 comments:

sarah-najwan said...

alololol..aku pom letih ni weyyyy..muko jadi ite doh..

exora said...

hehe..ite itu menawan...