*IKLAN DEH!!*

Friday 7 October 2011

Mulianya dia...

Selamat petang...

Salam kemuliaan di petang Jumaat
yang sangat mulia ini
sambil2 dengar PM bentang bajet 2012
aku nak cerita sikit
pasal M.Hakim ni...

Tengahari semalam kat sekolah
G.Besar suruh aku lancarkan
tabung untuk derma kepada
rakyat somalia
aku pun memberitahu murid2
dari kelas ke kelas
sesiapa yang sudi menderma
esok bawa duit...


Pagi tadi, semasa hendak ke sekolah
M.Hakim bawa 'purse' ke sekolah
aku tanya dia :

aku : kenapa bawa beg duit?
dia  : dah nak derma nanti.
aku : berapa ringgit bawa? nanti hilang jer...
dia  : RM 11.oo
aku : banyaknya, nak buat apa ?
dia  : Hakim nak derma RM10.00, beli kat kantin RM1.
aku : banyaknya derma...RM2 dah la, RM1 mana cukup
          nak beli makanan.
dia  : x apa laa...hari ni Hakim nak beli nasi lemak jer
aku : x sayang ke nak derma duit raya banyak2 tu?
dia  : sayang...tapi x apa la, Hakim rasa nak bagi jer.
aku : ermm..ye laa, smg Hakim banyak dapat pahala.


Itu lah dia...mulianya hati
anak sedaro sapa la ni..hehe
Mak Long nya pulak yang kedekut
macam2 soalan provokasi
aku nak test jer sebenarnya
nak tahu jawapan dia...

agak berbeza pulak dengan
jawapan dari 2,3 orang guru2
yang aku hulurkan tabung tu
di pagi2 hari Jumaat tadi
ermm...xper la
mungkin aku hulur x kena masa kot...


p/s : semoga bajet hari ini memberi manfaat kepada semua...
 

salam exora...

11 comments:

Unknown said...

budak2 ni hati dia mmg lebih mulia.

exora said...

betul tu yus...harap2 smpai bila2 la kan.

Ujie Othman said...

senang hati emaknya..dpt anak gitu..

CIK TOM said...

wah bagusnya budak2 ni..kecik2 dh ada sifat mulia suka menderma..ni yg ptt dididik dr kecik ;)

exora said...

ujie n ciktom :

smg sifat mulia itu
kekal selamanya tanpa dpengaruhi arus
kehidupannya nanti...

zomba said...

yoo laa..ank sdaro sapo la 2...ehehehhh

exora said...

zomba :

hehe...cakap pun banyak, ikut sapa la tu..

yen(toka ziizokukuto) said...

uwh,,,,mak long nye per citer,,,makan nasi lemak jugak ker,,hehe

exora said...

hehe..yen, maklong dia x lalu nak mkn ns lemak kerap2 sgt...

sarah-najwan said...

yg penting keikhlasan menderma..jumlah lain kira...

exora said...

ina : betul tu...