*IKLAN DEH!!*

Saturday 8 October 2011

Setelah lama dipinggirkan...akhirnya

Assalamualaikum...

Setelah bertahun kami dipinggirkan
setelah sekian lama tidak diendahkan
oleh mu wahai kerajaan yang dihormati
oleh mu wahai menteri pendidikan
akhirnya PM, Datuk Seri Najib
selaku menteri kewangan juga
telah menunaikan tanggungjawabnya
untuk memberi kami kegembiraan
yang telah lama dinanti-nantikan

terima kasih PM...
kerana menghargai kami
golongan guru yang sentiasa
bekerja bersama mu
menjalankan setiap misi dan visi mu
mendukung setiap dasar pendidikan
sehingga kadang2 hampir rebah kami
untuk mengejar setiap anjakan,
setiap transformasi
bersilih ganti tanpa henti

dengan memberi pelbagai inisiatif ini
dapatlah dijadikan pemangkin
untuk kami lebih bersemangat
bangkit dari rasa kecewa
untuk memajukan diri
mendidik anak2 bangsa, agar
menjadi manusia yang bertamadun
lantaran itu jua, kami akan tunaikan
setiap perancangan walaupun sukarrr
agar berbaloi dengan apa yang
Datuk seri berikan...


Sejak akhir2 ini sering juga
orang bercerita sana-sini
tentang 'bai'ah'...ganjaran yang
diberikan pada golongan pendidik
tapi berapa kerat saja yang dapat
ramai golongan kami merasa
benar2 dipinggirkan
setiap kali hari guru
menantikan pengumuman
seperti yang digembar-gemburkan
tapi selalu berakhir dengan
kehampaan......


Semoga ganjaran yang diumumkan
pada kali ini juga
dapat dinikmati semua golongan
alhamdulillah, ibu-bapa pun tersenyum lebar
lantaran tidak perlu membayar yuran khas
malah duit belanja pula dihulurkan
1 murid RM100...
warga FELDA pun tidak pernah
Datuk Seri lupakan...

bersyukur lah... 


p/s : pagi esok meeting lagi kat sekolah, itulah kami warga pendidik era kini...tiada lagi istilah kerja 5 hari  
          seminggu...huhu


salam exora...

12 comments:

yen(toka ziizokukuto) said...

alhamdulillah :)

eelobor said...

golongan warga pendidik sentiaa di hargai....

Ujie Othman said...

saya pernah jd guru ganti..mmg terasa beratnya tugas guru, selain mengajar di kelas..mcm2 lg kena buat.

sarah-najwan said...

alhamdulillah..yg bai'ah tu skol aku dpt..amin..

apa2 pun..kita kena tingkatkan prestasi..demi Allah, negara dan anak bangsa..

Kalamhati said...

Alhamdulillah..sekurang2nya penat lelah kita dihargai..

Kakcik Seroja said...

Tahniah untuk warga pendidik. :)

exora said...

yen dan eelobor...
alhamdulillah..masih ada yg menghargainya

exora said...

ujie...
betul tu, ganti sekejap pun dh terasa kan, kami dah jd
'alah bisa tegal biasa'...demi
tugas

exora said...

ina :
tahniah...sek aku pun ptt dpt th lps sbb UPSR baik,gps krang dr 1.6
tapi ntah la my boss terlepas pandang...blum ada rezeki.

exora said...

KH : alhamdulillah..sm2 la kita menghalalkan apa yg telah diberi dan diamanahkan.

kakcik : tm kasih kakcik...

Tie HT said...

lagi satu..harap2 harga brg lebih terkawal la pasni kan :)

exora said...

Tihara :
betul tu..jgn melambung tinggi sdh la
nanti org yg x dpt apa2 dr bajet pula
yang lebih tertekan.